Showing posts with label kuasa beli. Show all posts
Showing posts with label kuasa beli. Show all posts

19 June 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 2

Entri sebelum ni aku ada menyentuh tentang isu harga barang yg mahal dan kuasa beli rakyat malaysia yang rendah..mungkin masih ada yg kurang faham atau kurang jelas..so aku buat sambungan part 2..
Aku tidak selalunya betul tapi paling tidak aku tahu dan faham apa yang berlaku. Bagi aku tangga gaji yang masih rendah dan harga barang yang mahal membuatkan kita rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk membeli atau mempunyai aset-aset penting. Ini berlaku kerana kita sudah hilang kuasa membeli.

Baru-baru ini jugak The Malaysian Insider menerbitkan satu artikel bertajuk'Malaysians plagued by poor purchasing power',(klik sebelah untuk pergi ke web malaysian insider) satu laporan mengenai rendahnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Aku agak mungkin ramai juga yang sudah pun membaca laporan The Malaysian Insider ini.
Purchasing power atau dalam bahasa Melayunya “kuasa membeli” ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang. Senang cerita, dengan RM1 apakah benda yang boleh kita dapat? Hah apa benda?

Dalam artikel The Malaysian Insider itu apa yang dibangkitkan ialah kuasa membeli di Malaysia yang kurang dan perbandingan dengan kuasa membeli di negara luar. Antara contoh yang diberikan seperti harga sepotong kek tiramisu di Malaysia ialah RM15 dan di Britain pula GBP5. Dan pastinya ada beberapa individu yang kurang faham.

Sememangnya jika dibandingkan ringgit ke ringgit, tiramisu Malaysia masih lagi murah pada harga RM15 jika dibandingkan dengan tiramisu Britain yang sebenarnya berharga RM25 (pada pertukaran GBP1=RM5).

Tapi macam aku sebutkan awal tadi
'kuasa membeli ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang'. Ringkasnya jika Ali di Ipoh ada RM1 dan John di Liverpool ada GBP1 apakah yang boleh dibeli dengan duit yang mereka ada itu. Perbandingan kuasa membeli ialah pada unit matawang itu dengan mengabaikan nilai tukaran matawang.

Dalam kes Ali dan John tadi, si Ali hanya mampu membeli sebotol air mineral 500ml jenama murahan pada harga RM1 di sebuah kedai runcit sedangkan John boleh membeli sandwich telur di Tesco pada harga hanya GBP1 (dan sandwich manakah di Malaysia ini yang harganya RM1?).

Itulah yang dimaksudkan dengan kuasa membeli. Satu unit matawang memberikan kita kuasa untuk membeli tetapi sebesar mana nilainya? Adakah RM5 mampu memberikan kita satu makan tengah hari yang lengkap atau tidak? Adakah RM100 cukup untuk kita ke pasaraya membeli barang satu troli atau tidak? Adakah RM1000 boleh menampung perbelanjaan harian kita untuk tempoh sebulan atau tidak?

Di Malaysia ahli-ahli politik kita akan memaklumkan tentang mahalnya harga minyak di Amerika, harga ayam
di Britain atau harga rumah di Singapura dalam Ringgit Malaysia. Yang sangat jarang diceritakan kepada kita ialah kita lupa berapa banyak pulak gaji orang di Amerika dalam bentuk nilai USD, di Britain dalam GBP atau di Singapura dalam SGD??

Kita boleh bercerita tentang betapa murahnya harga barang-barang di Malaysia. Roti canai hanya 80 sen sekeping dan segelas teh tarik RM1.20 untuk satu set sarapan berharga RM2. Tapi yang perlu kita ambil perhatian ialah perlukah sampai RM2 untuk mengisi perut di waktu pagi kalau gaji sebulan hanya RM2000?




Di penghujung artikel The Malaysian Insider itu ada disentuh juga tentang bagaimana harga kereta yang mahal juga menyumbang kepada kurangnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Kita semua tahu harga kereta di Malaysia 'dilonjakkan' untuk melindungi kepentingan pihak tertentu dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia.
Atas sebab itulah ada disebut Bank Negara pernah memaklumkan pada tahun lepas, 20% hutang isi rumah di Malaysia adalah terdiri dari pinjaman kenderaan. Dan kita semua tahu kenderaan ialah aset yang susut nilai d
ari masa ke semasa.
Cuba bayangkan ..20% hutang rakyat Malaysia adalah untuk aset yang susut nilai?Tak Ke Gila!

p/s:sekian dulu untuk entri Malaysia&barang yg mahal.kalau ada masa mgkin aku akan buat lagi entri ke3..

18 June 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 1

Aku ada terbaca satu artikel di MSN News (klik  sebelah untuk ke laman MSN) dan jugak di The Malaysian Insider  tentang harga barang di Malaysia yang mahal dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang rendah.

Memang tak dinafikan harga barangan di Malaysia agak mahal sekarang ni jika dibandingkan dengan harga di luar negara. Berikut ialah harga broadband di Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh berita tersebut.

Harga broadband Kuala Lumpur, Malaysia dengan pakej 5Mbps ialah RM149 (Kalau tak salah, ini harga pakej Maxis).

Harga broadband di London, England pula hanya GBP13.50, dan ini ialah untuk pakej 10Mbps.

Manakala, harga broadband di New York, Amerika pula ialah USD41.95, untuk pakej 7Mbps. Ternyata harga broadband di Malaysia lebih mahal dari sesetengah negara maju.

"Hek eleh. Menggelabah lah kau ni Nasry . Itu harga duit antarabangsa. Cuba kau convert kan harga Pound & US Dollar tu kepada RM. Mesti jadi lagi mahal."

Ok. Memang betul. Nilai Great Britain Pound (GBP) lebih besar dari Ringgit Malaysia (RM). GBP 1 bersamaan dengan RM 4.97. kalau tak silap aku.

Manakala nilai US Dollar (USD) pula bersamaan USD 1 bersamaan RM 3.01.

(Nilai tukaran wang di atas telah aku bundarkan kepada nilai hampir)

Jika diubah harga broadband di London dan New York kepada nilai RM, maka harga broadband tersebut ialah RM67.10 untuk harga London, manakala RM126.27 untuk harga di New York. 

Eh? Masih murah dari harga di Malaysia lah!

Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Apabila ingin membezakan harga di negara asing, kita pasti ingin mengubah nilai tersebut kepada nilai RM. Sebenarnya, tak perlu bezakan dengan mengubah nilai tersebut kepada RM, tapi bezakan dengan nilai gaji yang diterima.

Sebagai contoh, Osman bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Gaji yang diterima ialah RM 1,800. Osman pun melanggan pakej broadband yang bernilai RM 149.

Dengan itu, baki gaji Osman selepas membayar bil broadband ialah RM 1,800 - RM 149 = RM 1,651.

Randy bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di London. Gaji yang diterima ialah GBP 1,800. Randy pun melanggan pakej broadband yang bernilai GBP 13.50.

Dengan itu, baki gaji Randy selepas membayar bil broadband ialah GBP 1,800 - GBP 13.50 = GBP 1,786.50.

Siapa yang mempunyai baki gaji lebih banyak selepas membayar bil broadband?

Ok. Kita tambah lagi. Kali ini, kita kira tentang pakaian pula. 

Osman merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Osman bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di Kuala Lumpur ialah RM 239.

Randy juga merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Randy bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di London ialah GBP 42,

Harga jersi original Liverpool di London lebih murah dari harga jersi cap siam yang dijual di uptown, yang biasanya bernilai RM 45, paling murah. Tak perlulah aku buat kira-kira baki gaji Osman dan Randy selepas mebeli jersi original tersebut. Kamu pasti boleh lakukan sendiri.Bagaimana pula dengan harga kereta? Jika Osman ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di Kuala Lumpur ialah RM 115,000.

Osman perlu membayar sejumlah duit muka untuk kereta tersebut sebelum membayar ansuran bulanan yang pasti mencecah lebih dari RM 900 setiap bulan. Ansuran perlu dibayar sehingga 8-10 tahun.

Jika Randy ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di London ialah GBP 19,000. Lebih murah dari harga VIVA (lebih kurang RM25,000 - RM28,000).

Itu belum kira harga barangan harian lagi. Kawan aku yang pernah pergi melancong ataupun sudah bekerja di London berkata yang harga barang harian di sana juga agak murah berbanding di Malaysia. Patutlah ramai graduan luar negara tidak mahu pulang dan terus kerja di sana.Mungkin sudah sampai masa untuk kerajaan menaikkan tangga gaji pekerja di Malaysia untuk kemudahan rakyat. Sudah sampai masanya rakyat boleh berbelanja tanpa perlu menghiraukan harga barangan yang mahal.

Jangan ingat kenaikan gaji pekerja akan membebankan kerajaan. Jika gaji pekerja Malaysia di naikkan, rakyat akan lebih berbelanja. Jika rakyat banyak berbelanja, ini juga akan menjana ekonomi negara. Ia juga menggalakkan syarikat pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk di pasaran. Kerajaan boleh mendapat keuntungan dari cukai yang dikenakan kepada syarikat pengeluar. 

Malahan, jika graf perbelanjaan rakyat Malaysia semakin meningkat, ia juga akan menggalakkan kemasukan produk import ke Malaysia. Kerajaan boleh mendapatkan keuntungan dari duti import.

Menaikkan gaji pekerja Malaysia sebenarnya ialah win-win situation. Aku mungkin bukan pakar ekonomi untuk bercerita tentang ini. Tetapi dengan logik akal, ini ialah cadangan yang perlu pihak kerajaan timbangkan dengan baik.

Daripada membazirkan duit dengan e-mel 1Malaysia, baiklah gunakan wang tersebut dengan lebih bijak. Berikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. Pendapat aku  Negara yang maju diukur dari kesenangan rakyatnya. Diukur melalui kuasa membeli rakyat. Diukur dengan tahap pengangguran yang rendah. Diukur dengan jumlah buta huruf yang rendah di kalangan rakyat.

Negara maju bukan diukur semata-mata dengan bangunan tinggi 100 tingkat..Betul tak kawan-kawan??