09 November 2011

Kahwin & Rumah

Dalam hal perkahwinan, tidak dapat dinafikan orang Melayu kita agak terkedepan dari segi memeriahkan majlis dengan bajet yang besar. Lazimnya alasan yang akan digunakan ialah kahwin hanya sekali, walaupun ada di kalangan orang lelaki ketika berkahwin itu sudah pun pasang niat mahu tambah lagi. Atau pun dalam sesetengah kes, ada pasangan yang bercerai dan kahwin lain pula sekaligus menenggelamkan fahaman kahwin hanya sekali.

Baru-baru ini aku sempat berbual dengan seorang kawan yang bakal berkahwin. Macam biasa, bila bersembang bab kahwin ini kita tidak dapat lari dari menyentuh soal belanja.

"Aku kahwin ni, tak kurang dari RM30,000 juga sekali masuk wang hantaran, barang-barang dan belanja majlis," jelas kawan aku penuh yakin.

Aku tak boleh nak kata apa, selain dari mengagumi nilai angka 30,000 tadi dan keupayaan kawan aku ini untuk berbelanja besar. Walaupun aku berani kerat jari yang sumber kewangan kawan aku ini pastinya datang dari pinjaman peribadi di mana-mana institusi kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara.

"Kau sekarang menyewa bilik kan? Nanti dah kahwin macam mana?" aku tanya balik.

"Itulah, aku ingat lepas kahwin nak tumpang rumah mertua. Kalau tak pun carilah rumah sewa mana yang murah sikit," jelas kawan aku penuh yakin sekali lagi.

Dekat sini sebenarnya aku dah nampak mana yang silap. Belanja kahwin itu, kalaulah dapat dikurangkan barang ke RM15,000 sebagai contoh, paling tidak bakal pasangan mempelai ini sudah ada RM15,000 lebihan untuk tengok-tengok hartanah mana yang patut.

Kahwin memang kita nak hebat. Tapi kahwin juga tentang membina keluarga. Ada baiknya jika usaha membina keluarga ini dapat dilakukan di rumah milik sendiri.

26 October 2011

Seorang penjahat telah ditembak dan koma di hospital selama beberapa hari. pada masa komanya, dia bermimpi dibawa oleh Malaikat ke Neraka.. Tapi dia terkejut kerana d Neraka begitu ramai orang clubbing, minum arak..berjudi, dan banyak ladies2 yang cantik, seksi.. Dia segera mahu cepat2 masuk ke Neraka itu tapi ditahan oleh Penjaga Neraka. "Tunggu dulu!! waktu kamu belum tiba!! Kembalilah ke dunia dan berbuat jahatlah kamu sejahat-jahatnyaaaa maka kau pasti akan ke Neraka!!" Akhirnya dia telah kembali ke dunia dan kembali melakukan kejahatan sedasyat-dasyatnya tetapi akhirnya ditembak mati oleh Pegawai Polis. Dia telah dihantar malaikat ke Neraka tetapi IA AMAT TERKEJUT!! kerana di dalamnya penuh dengan api, kesakitan, bau darah dan binatang berbisa. teriakan meminta tolong terdengar di mana2.. Lalu dia bertanya" Waktu yang lalu Neraka tidak begini??" Iblis tersenyum lalu berkata : OOOOO.. waktu itu tengah PROMOSI  !!
 :)

17 October 2011

Trik Untuk Mendapatkan Topup Free Celcom>Maxis>Digi

hmm..org kata pakai line lagi save dari prepaid..tapi korang mesti terperanjat dengan ape yg bakal aku ceriterkan ni..

top-pup RM 10 tapi boleh tahan smpi 1 bulan tak kira la kalau korang bergayut berape lama sekalipun,hantar berape juta sms sekalipun..

mgkin rezeki aku haritu,pergi la jmpa kawan aku, dia ajar camne nak crossing account,


bcoz dia kejre kat bhgn System Development Celcom.

kekadang aku tolong gak member trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.

2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.

4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902

5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;

<01234567891023> send to 09903

6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kadang2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, boleh menitik air mata beb..


moral of the story..dalam dunia ni..mana ada benda percuma kawannn..kalau orang bagi sesuatu benda percuma sekali pun..mesti ada udang disebalik batu..

01 October 2011

Mengenali Jenis-Jenis Teman Wanita Anda


Kalau kamu perasan, dulu aku pernah menulis entri Mengenali Jenis-Jenis Teman Lelaki Anda.Entri tersebut khas untuk para wanita bagi meneliti teman lelaki mereka. Oleh kerana aku mengamalkan sikap demokrasi terpimpin dalam blog ini, aku dengan perasaan adil dan saksama kali ini akan menulis entri khas untuk lelaki meneliti teman wanita mereka pula.
Yang perempuan pun boleh baca. Tengok ciri mana yang kena dengan kamu.

Jenis Kaki Shopping

Teman wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki diluar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM 2,500.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date denga berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempuyai maklumat terperinci tentang Sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen Sales tersebut.

Kalau berdating, shopping complex akan menjadi pilihan utama. Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis Kaki Shopping mestilah rajin berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan teman wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat segala beg shopping teman wanita anda.

Seperti aku katakan, kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.

Jenis Perempuan Lasak

Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Perempuan hot yang sering berjogging di tasik bukan tergolong dalam kategori ini.

Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktifiti panjat gunung, bercamping dan berfutsal adalah aktiviti kegemaran.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka.

Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki.

Tapi percaya atau tidak, biasanya perempuan lasak akan bercinta dengan lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Aku sendiri tidak pasti kenapa



Jenis Ratu Air Mata


Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

Mereka akan mengangis bila menonton filem atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan... ataupun result yang teruk. Mereka akan menitikkan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka. Mereka akan menangis bila bertemu dengan orang yang sudah lama tidak mereka jumpa.

Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar atau mereka akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan mendirikan rumah tangga. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila menonton
Berita RTM Pukul 8 Malam.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut. Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Labis.

Taktik "Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang awek saya" adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.


Jenis Perempuan Gedik

Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.

Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore.

Mereka suka mencairkan hati lelaki - tak kiralah siapa pun lelaki tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM. Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.

Selain itu, mereka juga sering rasa mereka Hot. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini sehingga kadang kala menjadi fashion victim.

Perempuan gedik jugasentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih.

Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan gedik dan selalu berkata, "Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau". Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, "Wow! Memang hot! Aku pun nak awek macam tu!"

Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari pengalaman abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan gedik.

Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang komen.


Jenis Perempuan Tudung Labuh

Perempuan tudung labuh biasanya memakai tudung labuh (obiously. Tak kan pakai mini skirt pulak). Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya.

Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan yang paling terbaru, Maher Zain. Tapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin Bieber. Well, girls will be girls.

Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada bagi lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.

Tapi ada orang kata, Mat Rempit punya taste ialah perempuan tudung labuh. Benarkah?


Jenis Valley Girl

Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an dan berakhir pada era awal 90'an. Masih ada sikit sisa-sisa Valley Girl di Amerika. Tapi di Malaysia, fenomena Valley Girl masih popular.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping, tapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.
Untuk memahami sifat-sifat Valley Girl secara mendalam, aku sarankan kamu menonton filem Valley Girl lakonan Deborah foreman menjadi watak perempuan Valley Girl dan Nicolas Cage menjadi sang heronya. Filem ini diterbitkan pada tahun 1983.

Ataupun anda boleh menonton Clueless, lakonan Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai Valley Girl lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak mencari yang original memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak payahlah berlakon jadi manusia bersifat suci, nak cari DVD original pulak. Dasar kaki download!!

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain. Dan duit yang banyak juga diperlukan untuk menambat hati gadis Valle Girl ini.

Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel.



Jenis Diva

Mungkin ada yang berkata, "Bukan ke Diva ni lebih kurang Valley Girl je?" Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).

Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.

Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja.

Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan yang lemah -biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain).

Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.

Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah mereka akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.

Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau kolej ialah cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah pula ya adik-adik cheerleader sekalian).

Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.

Untuk contoh perempuan Diva, sila tonton filem
Means Girls lakonan Lindsay Lohan. Lindsay Lohan yang baru berpindah masuk ke sekolah telah di confront oleh sekumpulan 3 orang wanita yang bersifat Diva.


Jenis Perempuan Melayu Terakhir

Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak pernanh tinggal sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baik kan?

Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa buat show sahaja.

Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.


Jenis Bohsia

Jenis bohsia adalah perempuan yan gselalu bertenggek dimotor Mat Rempit. Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi video 3gp lakonan mereka sendiri.

Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Dengar cerita ada sambungan filem ini tapi aku tak ingat. Mungkin tajuknya Bohsia 2: Baik Pilih Jalan Hitam Dari Pilih Lorong Haji Taib.

==========

Itu sahaja pemerhatian aku untuk kali ini. Ada apa-apa kategori yang aku tertinggal? Atau ada apa-apa penambahan yang aku tertinggal? Sila discuss di ruang komen.

28 September 2011

sapa nak masuk syurga??

Cikgu: Murid2 sapa yg nak masuk syurga?
Murid: Saya cikgu! (satu kelas ckp kecuali Ali)
Cikgu: Sapa nak masuk neraka?
Murid: Taknak cikgu (satu kelas ckp kecuali Ali juga)
Cikgu: Ali, kenapa kamu tak jawab?...kamu nak masuk syurga ke neraka?
Ali: Dua-dua taknak cikgu
Cikgu: Kenapa plak mcm tu Ali?
Ali: sebab ayah saya suruh masuk TENTERA.

Sepasang kekasih di kedai makan...


Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*
hee ~~~~ :)
credit to my friends Fak Yu

tarzan dan 3 orang saintis

3 orang  saintis  telah  masuk  ke  hutan  amazon
tujuan  mereka  ialah  untuk  menkaji  usia  hutan  itu
tibe-tibe, 3 orang  saintis  itu  telah  ditangkap  oleh  tarzen  yg  kejam.  Tarzen  ini  nk membunuh  3  orang  saintis  nie
ketiga  tiga  saintis  itu pun  berkata " tolong  lepaskan  kami"
jawab  tarzen  itu  - "baiklah  tapi  dengan  2  syarat  " jawab  3  orang  saintis  -" baiklah, ape  saje  syrat nye  kmi  akan  turutkan  asal  jangan  bunuh  kami"
"syarat  pertame  korang  semue  kene  cari  5  biji  buah  tetapi  jenis  laen2  .sape  yg same  aq  bunuh .. faham !! " Kate  tarzen
tanpa  mendengar  syrt  kedue  mereka  pun  mencari  buah  itu .
setelah  1  jam  kemudian , pulang lah  saintis  n0 1. Dengan  menbawa  balik  5  biji  buah pisang .
"syarat  kedue  ialah  kamu  hendaklah   menyumbat  buah  itu  kedalm  dubur  kamu  kalo  bunyi  aq  bunuh "kata tarzen
tanpa  membuang  masa  saintis  no1 telah  menyumbat  buah  pisang  itu  ke  dalm  dubur nye  lalu  keluar  lah  bunyi "ahhhhhhhhhhh"  lalu  dibunuh
5  min  kemudian..
sampai  lah  sainis  no2  dngan membawa  5biji  buah  anggur  yg  kecil
lalu  memasukkan  buah  itu  ke dalam  duburnya. .
ketika  dia  hendak   memasukkan   buah  anggur  terakhir  ke dalam   duburnya  ,tiba2 saintis no2   ktawa  terbahak- bahak  lalu  dibunuh.
lalu  sampai lah  2  orang  saintis  itu  ke  alam  roh ..
saintis  no1   bertanya  kepada   saintis  no2   "nape ko gelak tadi "
Jawab   saintis no2   " aq  x  tahan  gelak  sebb   aq  ternampak   saintis  no3 tu  bawak 5 biji   buah  durian   yg  besar2   tadi"
hehehehehe..korang bayangkan ape jadi pade saintis NO3 tu..

22 September 2011

Membaca Bukan Hobi Pilihan Anak Muda Zaman Ini

"Ali, apa hobi kamu?"

"Hobi saya ialah membaca, cikgu."

Itulah dialog yang kita selalu dengar di dalam kelas bila seorang cikgu bertanyakan pada muridnya tentang hobi masing-masing.

Tapi, itu masa zaman dulu-dulu. Paling baru pun, zaman 90-an. Sekarang?

"Sekarang ni hobi budak-budak pelik-pelik la. Yang baru ni... Apa bende namanya.... Sha... Ha! Shuffle!"

Itulah antara dialog seorang cikgu kepada kawannya semasa makan di gerai Lina Dollah..Yang aku curi-curi dengar.

Aku rasa berapa kerat sangat la Rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) yang ada hobi membaca. Membaca kini bagaikan satu hobi yang kuno. "Dah tak cool" kata budak-budak baru nak Up.

Memang amat jarang sekali kita melihat budak-budak zaman sekarang suka membaca. Jangankan bahan bacaan berilmiah, komik pun mereka jarang-jarang baca.

"Buat apa nak beli komik Naruto. Kan anime dia keluar tv. Tak pun, beli je DVD cetak rompak je...."

Memang tahap malas habis.

Budak-budak zaman sekarang lebih cenderung dengan hobi zaman baru. Main PS2 atau X-Box 360 adalah satu kemestian. Asyik masyuk bermain game lagi-lagi bila main game yang susah nak ditamatkan missionnya. Mahu 3-4 jam mengadap TV sampai mak-bapak menjerit-jerit, baru tahu nak tutup TV.

Dan yang paling baru sekali dan yang paling nyata sekali ialah komputer dan internet. Lagi setelah kemunculan Facebook. Facebook bagaikan satu virus yang merebak dengan laju. Orang yang tak pernah mempunyai akaun Friendster dan Myspace pun boleh terjebak dengan Facebook.

Bukan setakat Facebook, pelbagai lagi benda-benda yang menarik berada di alam maya sehingga menyebabkan budak-budak zaman sekarang jarang membaca..Youtube,..online game dan pelbagai lagi website yang boleh layari..

Sebenarnya kita boleh membaca juga di dalam internet. Pergi sahaja ke laman web wikipedia, dan kemudian taip apa sahaja yang kamu ingin tahu dibahagian search, dan kamu boleh baca semuanya. Malahan, bahagian sejarah Malaysia dalam wikipedia ialah lebih baik dan banyak isinya jika dibandingkan dengan buku teks yang kamu belajar di sekolah tu.

Tapi mungkin salah satu sebab kenapa budak-budak zaman sekarang tidak berapa gemar membaca ialah kerana harga buku yang agak mahal.

Kalau kita lihat, harga buku sekarang memang agak mahal. Menurut pengeluar buku, harga kertas agak mahal sekarang. Aku masih ingat lagi harga komik yang berasal dari Hong Kong dahulu hanya berharga RM 1.80 tetapi kini telah melambung menjadi RM 3.50.

Selain itu, harga buku import juga agak mahal. Jika dilihat buku kecil (saiz seperti novel) buatan Malaysia setebal 200-300 muka surat berharga sekitar RM 20.00 sehingga RM 30.00.

Tetapi, buku import yang mempunyai saiz dan ketebalan yang sama dengan buku keluaran tempatan boleh mencapai harga RM 50.00 sehingga RM 70.00.

Kalau buku tersebut berbentuk autobiografi pula, harga boleh mencecah RM 100.00 sehingga RM 120.00. Kalau buku hard cover? Boleh mencecah RM 200.00.

Ada juga beberapa kali aku cuba membeli beberapa buku hasil karangan tokoh-tokoh pemimpin luar negara. Tapi bila aku mencapai buku mengenai Barack Obama dan melihat harganya RM250.00, dengan sepantas kilat aku memberhentikan niat aku.

Kalau dilihat harga asal buku tersebut, tidaklah mahal sangat. US Dolar 15.00 sahaja. Bila sampai di Malaysia dan dikenakan cukai barangan impot, terus harga buku tersebut boleh melambung mencecah RM 80.00.

Dengan tahap pendapatan rakyat Malaysia yang sedikit, adalah mustahil rakyat Malaysia mampu membelanjakan RM 80.00 hanya semata-mata untuk membeli buku. Mungkin inilah antara sebab kenapa rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca.

Cukai kereta buggy untuk kelab golf boleh dikecualikan, cukai perabot import boleh dikurangkan, cukai kereta mewah boleh dikurangkan... Tak kan cukai buku import tak boleh kurangkan ya? Harap pihak berkuasa boleh membantu dalam hal ni. Kalau tak, iklan membaca dalam LRT hanya akan menjadi satu mimpi yang tak kan berlaku.

"kau tak tahu..Sekarang ni nasry.. budak-budak ingat membaca ni untuk budak-budak nerd je."

Salah satu pendapat kawan aku. Membaca hanyalah dari golongan nerd/geek atau ulat buku. Golongan yang dianggap tidak cool, anti sosial dan pakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal.

Tidak dinafikan budak-budak zaman sekarang lebih mengejar populariti dan coolness dalam gaya hidup mereka. Mereka perlu nampak cool di sekolah atau kolej. Seolah-olah budaya sekolah menengah gaya Amerika telah meresap di Malaysia. Golongan Perempuan Hot, Perempuan Gedik, Golongan Lelaki Jock, lelaki tampan bermuka jambu, lelaki metroseksual dan lain-lain.

Membaca akan menjatuhkan maruah mereka ke tahap golongan nerd/geek. Kalau dalam cerita Glee, golongan ini biasanya akan disimbah dengan slushy. Tapi mereka lupa yang golongan geek/nerd yang berpeluang menyertai rancangan Beauty and The Geek. Damn! Kenapa rancangan ini tidak wujud di Malaysia, kalau tidak memang aku dah beratur untuk ujibakat.

Jadi tanamkan sedikit minat untuk membaca. Tidak kira buku yang tebal atau nipis. Tapi sekurang-kurangnya tanamkan semangat untuk membaca. Sekurang-kurangnya 2-3 buku dalam setahun. Majalah gosip sampah seperti Mangga tidak boleh dianggap sebagai membaca.

Membaca bagi aku penting...Kerana kekurangan membaca boleh menyebabkan rakyat Malaysia kurang produktif berbanding rakyat negara lain...pendek kata banyak yang kita tak sedar dan tak tahu kerana kurang membaca...so kawan-kawan..marilah kita sama-sama tanamkan sikap membaca...
Ada seorang budak suka tersenyum di hadapan tabung masjid. Kejadian ini menyebabkan imam masjid mendatangi budak ini untuk bertanya.

Imam : Kenapa selalu tersenyum depan tabung masjid?
Budak : Ustazah saya kata, senyum itu satu sedekah. Saya tak ada duit, jadi saya senyum saja lah di hadapan tabung masjid untuk bersedakah.
Imam : =.="

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

 


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...