29 July 2011

Singapura-pura

Ke hadapan Lisa Surihani, Erra Fazira, Farid Kamil dan semua pelakon kayu di Malaysia,

Saya harap anda semua segan dengan diri sendiri sebab pemain-pemain bolasepak Singapura memiliki bakat lakonan yang lebih menyerlah berbanding anda walaupun mereka tidak memiliki sebarang pengalaman berkaitan wayang gambar dan bidang perfileman.

Bahkan, ada desas-desus mengatakan bahawa pemain tengah skuad Singapura, Shi Jiayi, bakal disunting oleh Syamsul Yusuf untuk membintangi filem terbarunya yang bertajuk "Mengerang Kesakitan Tetapi Tiba-Tiba Bangun Sendiri Dari Stretcher Lantas Terus Berlari Seperti Tiada Apa Yang Berlaku."


Sementelahan pula, penjaga gol Izwan Mahbud bakal menyinari layar perak di dalam filem "Aduh Sakitnya Kepalaku Terhantuk Bola Yang Dibuat Daripada Getah Anjal dan Kulit Sintetik Lembut."

Filem tersebut juga bakal disusuli dengan sequel yang bakal dibintangi oleh barisan paramedik skuad Singapura bertajuk "Kau Buat-Buat Sakit Di Kepala Tapi Aku Tersalah Urut Di Betis Tapi Tiba-tiba Sakit Kepala Kau Terus Baik" arahan pengarah tersohor Lee Kum Kee, yang juga memiliki kilang sos tiram.

Terdapat juga khabar angin mengenai produser filem terkenal seantero Singapura, Penny Poo Gam Pang, yang dikatakan berminat untuk menerbitkan filem patriotik epik bertajuk "Jangan Fitnah Tau, Mana Ada Kami Tukar Kerakyatan Semata-Mata Nak Main Untuk Singapura Sebab Kami Tak Laku Di Negara Sendiri" yang dibintangi pemain Daniel Bennett, Aleksandar Duric, dan Mustafic Fahrudin. Filem ini bakal mengetengahkan imej pelabuhan Singapura, dikenali sebagai pusat maritim terbesar Asia Tenggara yang mengimport petroleum, gas asli, komponen elektronik, rempah ratus, gandum, pemain bolasepak, jurulatih bolasepak, serta sayur-sayuran seperti bayam dan kangkung.

Tuan Direktor Ahmad Nisfu, seorang pengarah veteran, mengakui bahawa lakonan pemain bolasepak Singapura, Qiu Li di atas padang Bukit Jalil lebih memukau daripada lakonan Seniwati Rahmah Rahmat yang tebiat kempunan telur tembakul dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Bukit Jalil malam tadi membuktikan bahawa setiap antara kita memiliki bakat terpendam yang tidak disedari oleh diri sendiri. Saya yakin, kalau dicampak di tengah padang, Lisa Surihani pasti mampu menjadi pemain tengah yang baik untuk skuad bolasepak Malaysia manakala pemain pertahanan Singapura, Delwinder Singh, diyakini mampu menggantikan Erra Fazira untuk menggalas watak Maria dalam filem pecah panggung Yusuf Haslam, Maria Mariana.



Anda pula, apa agaknya bakat terpendam anda?

Mencari Pasangan


"Nasry, cuba kau tulis pasal mencari pasangan. Tak la yang tipikal-tipikal sangat. Contoh macam saya nak pasangan yang beriman, memahami diri saya, romantik.. Bla, bla, bla.... Itu semua tipikal sangat. Buat yang lain sikit la. Buat la, ye?"

Sebenarnya entri ini aku tulis atas request kawan Facebook aku. Lebih kurang macam di ataslah ayatnya masa dia request dari aku. Sudah agak lama juga dia request suruh aku menulis entri ini..baiklah miss ShaSha .Aku buat entri ni untuk kau....pada pemikiran aku lah..Kebiasaannya bila ingin mencari pasangan, setiap orang mempunyai senarai ciri-ciri idaman bayangan pasangan impian mereka.

Ada mahu yang beriman, yang pakai tudung, yang seksi, yang sedang mata memandang, yang smoking hot, yang tahu memasak, yang mempunyai susuk badan yang menarik, yang mempunyai breast yang besar, yang tinggi, yang pandai berdikari, yang pandai buat lawak, yang kaya supaya senang nak bershopping, yang kaya dan tua supaya bila mati semua harta jatuh ke tangan dia dan boleh jadi janda kaya dan boleh pasang anak ikan yang lebih muda dan lain-lain lagi.

Jangan nak tipulah kamu tiada senarai pasangan impian kamu. Paling tak pun, kamu mesti ada sekurang-kurangnya 5 ciri-ciri pasangan impian kamu.

Tapi sebenarnya, buatlah senarai macam mana pun, pasti anda akan mendapat pasangan yang tak kan menepati 100% ciri-ciri yang anda mahukan. Kadang-kadang, cuma 10% sahaja yang menepati ciri-ciri apa yang kamu idamkan.

Macam aku sendiri. Salah satu ciri perempuan idaman aku ialah mempunyai rupa paras seperti Chinese Look. Tetapi dari 3 ex-girlfriend aku, cuma seorang sahaja yang mempunyai Chinese Look. 

Kenapa tak jumpa 100% sama dengan ciri-ciri yang kita idamkan? Adakah tiada lelaki/perempuan yang baik dalam dunia ini?

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa kita gagal menjumpai pasangan yang 100%  menepati citarasa kita.

Yang pertama, manusia yang mempunyai ciri-ciri idaman kita biasanya menghampiri sikap sempurna. Dalam fikiran kita, kita selalu mengidamkan pasangan yang sempurna. Masalahnya, dalam dunia ini ada ke manusia yang super sempurna seperti apa yang kita idamkan? 

Yang kedua, kita mengidamkan pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang kita impikan. Tapi masalahnya, adakah kita ini memenuhi ciri-ciri idaman pasangan kita? 

Kita punyalah payah sangat mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri idaman kita. Bila sudah jumpa, dia pula yang kata, "Awak tak memenuhi ciri-ciri idaman saya. Sorry."

Butthurt? Marah? Angin satu badan? Tak payah nak angin sangat. Remember how many people you reject because you said this word: "Awak tak memenuhi ciri-ciri idaman saya. Sorry."

In the end, benda ini terkena pada batang hidung kita semula.

Yang ketiga adalah biasanya yang terjadi kepada kita semua. Bila kita sudah jumpa pasangan kita yang sempurna dan memenuhi ciri-ciri yang kita jumpa, baru kita tahu yang sebenarnya kita tak mahukan insan yang terlampau sempurna seperti apa yang selalu kita impikan selama ini.

Bila kita sudah jumpa, dan kita dah berkenalan selama setahun dua, baru kita tahu yang sebenarnya ciri-ciri yang kita idamkan itu hanya muncul kerana pengaruh kita dari orang lain. 

Bila kamu tengok kakak kamu  mempunyai suami yang baik, kamu pun mengidamkan untuk mendapat suami yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti abang ipar kamu.

Tapi bila kita sudah dapat, baru kita sedar itu bukan ciri-ciri yang kamu cari. Tapi itu ciri-ciri idaman kakak kamu. 

Yang keempat, kadang-kadang kesempurnaan itu merimaskan. Memang benar kita mahu dapatkan pasangan yang memenuhi ciri-ciri yang kita mahu. Tapi itu apa yang kita fikir semasa kita belum jumpa. Bila kita sudah jumpa, baru kita tahu yang pasangan tersebut hanya sempurna dalam minda kita, tapi bukan sempurna untuk hidup bersama.

Timbul juga teori soulmate dan 'The One' yang selalu kita dengar. Itu aku kupas lain kalilah.

Jadi kesimpulannya, jangan letak harapan tinggi sangat dengan senarai ciri-ciri idaman yang kamu tetapkan itu kerana mustahil kamu boleh dapat 100% seperti apa yang kamu impikan. Kalau dapat 50% pun sudah kira beruntung.

Bagi yang dapat pasangan yang yang 100% memenuhi ciri-ciri idaman kamu, tahniah aku ucapkan. Jaga baik-baik. Jangan sampai kehilangan pula.

Ok. Aku rasa entri ini macam tak memenuhi langsung ciri-ciri apa yang kawan aku request kan. Well, what do you expect from  guy like me to write about relationship??so sorry la miss ShaSha..aku da penat..

11 July 2011

Kita sebenarnya tak kenal jiran kita


Aku masih ingat. Semasa aku tinggal di bandar Johor Bharu dulu.Aku  menyewa disebuah apartment Di Bukit Saujana yang tak jauh dari Bandar..Disebabkan sewa yg agak mahal sekitar RM1400 sebulan..Maka terpaksalah aku dan kawan2 aku menambah bilangan housemate daripada 3 orang menjadi 5 orang..Dipendekkan cerita. Jiran di bilik sebelah aku merupakan seorang yang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India.

Satu hari,.Selepas pada waktu makan tengahari dengan kawan sepejabat. Aku balik kerumah sekejap untuk bersiap ke masjid. Hari tu hari jumaat. Aku pergi Sembahyang Jumaat tanpa memakai songkok kerana sudah terlambat dan

Selepas aku pulang, si kawan yang berbangsa Cina bertanya kepada aku.

"Boleh ke kau pergi Sembahyang tak pakai songkok?"

Maka aku pun menerangkan kepada kawan aku yang songkok hanyalah pakaian tradisional orang Melayu dan tidak bererti sembahyang tidak sah tanpa memakainya.

"Oh... ye ke? Saya baru tau la..." Jawab kawan aku.
==========

Dan pernah juga seorang kawan aku yang berbangsa Melayu bertanya kepada aku:

"Daren tu kan kristian. Macam mana dia boleh sambut Tahun Baru Cina. Tu kan untuk orang Budha je."

Maka aku pun menerangkan yang perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh semua orang yang berbangsa Cina tanpa mengira agama mereka..
==========

Jadi..Dari dua situasi di atas.Aku dapat simpulkan yg Sebenarnya kita tidak mengenali jiran kita. Jiran yang aku maksudkan bukanlah orang yang duduk disebelah rumah kita, tapi orang yang berlainan bangsa daripada kita.

Tak banyak benda yang kita tahu pasal orang yang berlainan bangsa dari kita. Walaupun kita sudah duduk bersama-sama di Malaysia semenjak sebelum Malaysia merdeka lagi, tapi banyak perkara yang kita tidak pasti atau tidak tahu mengenai orang yang berbangsa lain.

Walaupun kita sudah lama begaul antara satu sama lain, kita bagaikan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Bak kata bos lama aku.. Macam duduk satu rumah sewa tapi tak kenal housemate.

Ini bukan tentang songkok atau Tahun Baru Cina semata-mata, tapi meliputi benda-benda lain.

Aku sendiri akui yang aku juga tak tahu macam-macam benda tentang bangsa lain.

Masa zaman aku sekolah, benda-benda macam ini tidak diajar di sekolah. Kalau ada pun, hanya sikit saja dan aku sendiri tak ingat subjek apa.

Zaman sekarang, ada subjek yang bernama Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar disekolah. Aku tak pasti samada subjek ini diajar di sekolah rendah atau sekolah menengah. Tapi aku pernah membaca buku teks subjek ini dari salah seorang adik kawan aku yang masih bersekolah.

Dari apa yang aku baca, tak banyak sangat penekanan tentang perkara mengenali bangsa orang lain dalam buku teks subjek tersebut. Sangat sikit. Apa yang aku nampak dan dapat aku simpulkan dari buku teks yang aku baca, subjek tersebut bagai sebuah subjek yang "kau lulus atau tidak, tak kan memberi makna apa-apa".

Kalau kamu semua selalu menonton TV series atau siri sitcom dari Amerika, mesti kamu perasan mereka ada membuat penekanan atau lawak mengenali budaya bangsa lain. Mereka tahu budaya dan perilaku orang kulit hitam, orang Hispanic, orang pendatang dari Jerman, orang Yahudi dan bermacam lagi.

Tapi macam mana mereka boleh tahu pelbagai perkara tentang bangsa lain?

Di setiap sekolah di Amerika (dan juga negara-negara Eropah lain), mereka diwajibkan untuk mengambil subjek Social Study dan ia menjadi salah satu subjek wajib lulus.

Subjek social study adalah subjek yang menunjukan hasil kajian terhadap manusia dan negara dari segi Antropologi, Ekonomi, Linguistik (bahasa), Etimologi, Psikologi, Sosiologi, Pendidikan dan Komunikasi.

Dari sini, mereka boleh mengenali perilaku dan kecenderungan sesuatu bangsa samada yang tinggal bersama mereka dalam satu negara ataupun bangsa-bangsa lain yang tinggal di luar negara mereka.

Di Malaysia, subjek social study- yang terkandung dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan - bukanlah satu subjek yang ditekankan oleh guru mahupun pihak sekolah. ia hanya menjadi salah satu subjek 'mencukupkan quota.

Tahu tak kenapa dekat Malaysia kita selalu rasa insecure dengan bangsa lain? Kenapa kita macam rasa masih tak berapa harmoni dengan bangsa lain? Kenapa kita bersikap racist dengan bangsa lain? Kerana kita tak faham dengan mereka dan mereka tak faham dengan kita.

Perasaan tak faham dan tak ingin faham inilah yang biasanya akan membawa kepada pergeselan antara kaum. Timbul perasaan perkauman dan racist dalam hati kalangan rakyat Malaysia.

Senang cerita, kalau kerajaan negara serius nak membendung sifat perkauman diantara rakyat, tumpukanlah perhatian pada subjek social study. Kalau setakat nak buat kempen 1Malaysia, Lagu 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Batik 1Malaysia... Memang tak ke manalah.

Tapi, macam manalah masalah perkauman dekat Malaysia nak diselasaikan kalau semua ahli politik di Malaysia - tak kira kerajaan atau pembangkang - mereka sendiri suka buat ucapan yang berbau perkauman dan selalu menggunakan ucapan berbau perkauman untung memancing undi.

Parti Melayu nak pancing undi orang Melayu, di buruk-burukkan orang Cina dan India dalam ucapan mereka.

Parti Cina nak pancing undi orang Cina, di buruk-burukan orang Melayu dan India dalam ucapan mereka.

Parti India nak pancing undi orang India, di buruk-burukkan orang Cina dan Melayu dalam ucapan mereka.

Dengan kata lain, tak guna juga ada subjek social study kalau sentimen perkauman menjadi bahan utama untuk menarik perhatian pengundi.

Dengan kata lain, kenalilah jiran anda. Jiran yang aku maksudkan ialah orang yang berbangsa lain. Tak rugi pun kita belajar mengenai mereka.

Bagi yang beragama Islam, mesti kamu pernah dengan Firman Allah S.W.T. yang memberitahu kita yang Allah mencipta pelbagai kaum dan bangsa di dalam dunia supaya kita kenal mengenali antara satu sama lain. Bukannya suruh berperang ataupun bergaduh.

Dan satu lagi. Tolonglah berhenti keluarkan racial speech secara terang-terangan di TV. Serius aku menyampah. Campur lagi dengan berita politik, lagi bertambah menyampah aku nak tengok berita dekat TV sekarang.

Ok. Rasanya entri kali ini macam dah jauh menyimpang dari tajuk asal. Aku nak cerita pasal benda lain, tapi dah melayang ke tempat lain. Ah, lantaklah!

01 July 2011

Perodua Myvi 2011




Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Untuk Entri awal  bulan julai ni entah  macamana  tetibe  aku nak  cerita  pasal  kereta. Yelah kan..Kita  semua  sedia  maklum Perusahaan Otomobil Kedua atau ringkasnya Perodua baru-baru ini telah pun mengeluarkan model baru kereta 'subcompact hatchback' paling laris mereka, Perodua Myvi. Model yang dikenalkan seawal tahun 2005 ini merupakan kereta Holy Grail buat Perodua kerana ianya membantu meletakkan syarikat kereta nasional kedua ini di atas Proton buat kali pertama.

Macam biasa apabila Proton atau Perodua mengeluarkan model baru (atau 'facelift') maka berduyun-duyunlah rakyat Malaysia berkunjung ke 'showroom' kereta untuk melihat dengan lebih dekat. Mereka sebenarnya bukan sekadar melihat, tetapi turut membuka tutup pintu, buka bonet dan hud, ketuk-ketuk badan kereta, masuk dan duduk di dalam sambil tangan merayap di 'dashboard' dan sebagainya. Di sini kita dapat melihat senario yang jarang dilihat di 'showroom' kereta BMW atau Mercedes kerana:

1) Tidak ramai dari kita yang berani (berduit) untuk berkunjung ke 'showroom' BMW atau Mercedes.
2) Orang yang tak pernah jumpa kereta saja yang akan ketuk badan kereta BMW atau Mercedes.

Tapi untuk kereta buatan Malaysia kita lazimnya berbuat demikian kerana stereotaip seperti 'kereta Malaysia dibuat dari tin Milo' dan banyak lagi'urban legend' yang sewaktu dengannya. Kita perlu masuk ke dalam kereta dan tutup pintu untuk memastikan suara tukang jual yang membebel tidak kedengaran kerana itu kayu pengukur mutu NVH kereta tersebut. Kita perlu membuka tutup 'glove box' kerana mahu tahu jika ianya jenis yang senang terbuka sendiri atau tidak apabila kereta melanggar lubang nanti.

Minggu lepas aku juga sempat ke 'showroom' Perodua yang terdekat untuk melihat dan mengetuk model Perodua Myvi 2011. Bukan dari tin Milo dan mutu NVH boleh tahan. 'Glove box' pun bukan jenis yang senang terbuka kalau langgar lubang. Untuk sebuah kereta yang dibangunkan bersama Toyota dan Daihatsu ini memang sudah dijangka.

Tapi dalam pada aku menguji kemantapan pintu bonet, terdengar pula perbualan 2 orang pengunjung yang lain. Mamat yang satu bertanya pada mamat yang satu lagi kenapa dia sibuk mahu beli Perodua Myvi sedangkan sebenarnya mampu membeli kereta Honda atau Toyota.

Mamat yang satu lagi menjawab dengan tenang bahawa membeli kereta buatan Malaysia adalah satu tanggungjawab sosial untuk menjana ekonomi negara dan memastikan rakyat Malaysia lain terus terjamin peluang pekerjaan mereka di kilang Proton atau Perodua. Mamat yang bertanya tadi mengangguk penuh insaf.

Idea bahawa membeli kereta nasional itu satu tanggungjawab sosial, atau kekadang dikatakan satu tindakan patriotik sebenarnya memang sudah lama diterapkan di kalangan rakyat Malaysia. Kalau ikut kata Dr Mahathir pula, ianya satu amal jariah kerana apabila syarikat kereta nasional maju ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.

Pendapat aku perkara ini betul kalau kita hidup pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Zaman itu kalau mamat ni British dia akan beli kereta Rover, kalau minah ni Jerman dia beli Mercedes dan siapa warga Amerika Syarikat akan beli lazimnya salah satu dari 'Big Three' mereka yakni General Motors, Ford dan Chrysler.

Sebab apa?

Sebab zaman itu belum ada lagi import-eksport kereta. Sebab belum ada kerana perdagangan dunia belum mencapai tahap globalisasi seperti hari ini. Satu sebab kerana belum ada infrastruktur dan teknologi untuk menyokong ini semua. Satu sebab lagi kerana masih wujudnya saki-baki fahaman merkantilisme pada zaman itu.

Menatang apa merkantilisme ini?

Ianya adalah satu doktrin ekonomi yang mendorong eksport tapi mencegah import demi menjamin kesejahteraan ekonomi sebuah negara. Dalam doktrin merkantilisme ini perusahaan pembuatan digalakkan kerana kepercayaan bahawa 'menghasilkan dan menjual lebih baik dari membeli dari orang lain'.

Dicampur aduk dengan semangat nasionalisme, maka corak pembelian kereta zaman itu ialah untuk membeli kereta buatan negara sendiri. Seorang mamat British akan hanya membeli Rover kerana dia boleh dicop tidak patriotik jika membeli Mercedes. Membeli sebuah Rover bermakna menyokong industri kereta nasional. Jika Rover maju, rakyat British sekitar Coventry dapat terus bekerja di kilang Rover dan menyara keluarga mereka. Ianya amal jariah.

Tapi sekarang syarikat kereta Rover ini sebenarnya sudah lingkup. Kilang mereka di Coventry sudah lama tutup. Begitu juga dengan kebanyakan syarikat kereta British yang lain. Lingkup sebab lama-kelamaan rakyat British mula sedar bahawa kereta mereka kebanyakannnya sampah dan tidak setanding dengan kereta Jerman atau Jepun. Dan kalau tak lingkup, dibeli oleh syarikat negara lain macam Lotus contohnya.

Lepas Perang Dunia Kedua, perdagangan dunia meningkat sejajar dengan keupayaan infrastruktur dan teknologi. Import-eksport kereta bermula dan Mercedes bukan lagi dibeli oleh rakyat Jerman sahaja tetapi turut dijual serata dunia. Dari eksekutif berpendapatan tinggi di New York hinggalah diktator sebuah negara Afrika di Uganda menggunakan Mercedes tanpa rasa ragu.

Sekarang status kewarganegaraan kereta hanya pada nama. Honda dan Ford mungkin kereta Jepun atau Amerika tapi ianya dikimpal di sebuah kilang di luar kotaraya Bangkok. Seorang pomen Siam mungkin lebih pandai selok-belok Honda City dari seorang pomen Jepun.

Tapi di Malaysia kita masih diasuh dengan falsafah membeli kereta macam 'mamat British membeli Rover'. Soalannya adakah hanya Proton dan Perodua saja yang dapat menjamin rakyat Malaysia peluang bekerja mengimpal besi di kilang kereta?

Macam mana dengan Honda yang juga ada kilang di Melaka? Atau Mercedes di Pahang? Bukankah dua kilang ini juga memberi peluang kerja pada rakyat Malaysia untuk menyara keluarga mereka?

Dan sebenarnya kita tidak tahu, berapa besar peluang pekerjaan yang terlepas dari kita apabila Toyota memilih Indonesia dan Ford memilih Thailand. Itu belum masuk lagi apabila Volkswagen putus asa dengan Malaysia dan National Automotive Policy (NAP) lantas berpindah ke Vietnam.

Itu baru cakap pasal peluang pekerjaan, belum lagi cerita tentang jumlah pelaburan yang terlepas begitu saja. Sebab susahnya hendak menarik pelaburan syarikat seperti Toyota atau Ford, kita agaknya terpaksa berpuas hati dengan pelaburan syarikat 'rare earth' macam Lynas di Pahang.

Ya, Proton dan Perodua beri peluang pekerjaan. Tapi sebab polisi yang hendak melindungi abang dan adik ini kita banyak terlepas peluang untuk memajukan industri automotif negara.

Dan kita belum cakap lagi tentang gaji yang dibayar Proton dan Perodua kepada rakyat Malaysia yang bekerja untuk menyara keluarga mereka. Atau bayar gaji setimpal amal jariah juga ke??