13 August 2011

DOA ADALAH IBADAT

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, 
pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang 
bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu: 
Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca 
daripada pelbagai doa kepada Allah. Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya. 

10 August 2011

Apa yang akan terjadi kalau kita puasa selama setahun?


Selepas saja selesai sessi mencari lauk untuk berbuka, aku pun baring sambil melampiaskan rasa malas pada tilam dan bantal.

Jam baru menunjukkan jarum panjang pada angka 12 dan jarum pendek menunjukkan angka 5. Lama lagi nak berbuka.

Dikala aku sedang bermalas-malasan, fikiran aku melayang jauh. Cukup jauh untuk aku mula memikirkan benda-benda yang tidak masuk akal.

Aku mula terfikir, kalau kita difardukan untuk berpuasa selama setahun, apa yang akan terjadi?


Peniaga Bazaar Ramadhan akan menjadi kaya raya

Percaya atau tidak, peniaga Bazaar Ramadhan biasanya mendapat keuntungan berkali ganda berbanding semasa mereka berniaga pada hari biasa, pasar malam ataupun pasar tani.

Dulu,ada seorang kawan aku meniaga di bazaar Ramadhan. Menurut kawan aku, keuntungan berniaga sebulan di Bazaar Ramadhan sama seperti keuntungan 3 bulan berniaga di hari biasa.

Itu baru sebulan berniaga. Cuba bayangkan kalau setahun dapat untung macam tu. Mesti lebih ramai orang berebut nak jadi peniaga Bazaar Ramadhan dari sibuk mengisi borang SPA sebab nak kerja untuk gomen.


Makin ramai yang gastrik secara tiba-tiba

Sebulan berpuasa pun ramai manusia yang tak boleh puasa penuh. Inikan pula bila kena puasa setahun. Berebutlah para manusia buat-buat muka sakit, tangan letak pada perut dan cakap dalam nada lemah depan doktor.

Bila doktor hulur surat pengesahan gastrik, serta merta muka terus sihat berseri-seri. Dapat lesen besar boleh makan, apa nak takut lagi.

Doktor yang selalu jual MC dan surat gastrik bakal kaya sama seperti pak cik-mak cik yang berniaga di Bazaar Ramadhan.


Kewujudan restoran 24 jam akan berkurangan

Oleh disebabkan para penganut Agama Islam tidak boleh makan lagi di siang hari (makan secara terbukalah), maka keuntungan di siang hari sudah berkurangan. Ini boleh menyebabkan mapley banyak yang jatuh bangkrap.

Jangan terkejut pula bila kamu ternampak mamak mapley tiba-tiba turut serta berniaga di Bazaar Ramadhan.


Jumlah kereta jenazah akan bertambah di Malaysia

Seperti yang kita maklum, sesiapa yang ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai bakal diusung di seluruh bandar dengan kereta jenazah.

Jadi, berkemungkinan besar fungsi kereta jenazah bakal berubah kalau kita berpuasa sebulan. Berkemungkinan besar juga kereta jenazah yang mengusung orang tak puasa lebih banyak dari kereta jenazah yang mengusung orang yang meninggal.


Jualan murah Hari Raya sepanjang tahun

Perkara paling sinonim dalam Bulan Ramadhan ialah jualan murah atau biasanya Orang Melayu lebih suka mengelarkannya dengan gelaran Sales di Shopping Complex terkemuka di seluruh Malaysia.

Bila sepanjang tahun sales, mestilah ada yang pergi membeli. Ya lah, benda tengah murahkan? Dan biasanya wanita yang sangat sinonim dengan istilah Sales. Dan apabila para isteri sedang bershopping dengan riang, para suami bakal memandang dompet mereka yang kian menipis.


Kalau dah setahun puasa, bila nak raya?

Entah! Apa la kau ni, Nasry. Kalau dah puasa setahun, bila nak raya? Bila masa nak tayang baju raya? Bila?


Dan yang paling penting sekali....

Kalau dah puasa setahun, bila masa para-para wanita yang uzur dan tak boleh berpuasa nak ganti puasa?

Sudah. Itu saja yang aku dapat fikirkan. Maklumlah, puasa kan?