26 June 2011

SETIAP MANUSIA PASTI AKAN MELAKUKAN KESILAPAN


 Sebagai manusia yang dicipta oleh Allah (jika kamu bukan islam, mungkin kamu akan percaya kepada teori bodoh Darwin), kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Ya!! Memang telah tertulis yang tiada manusia yang di ciptakan sempurna tanpa melakukan kesilapan (kecuali Nabi Muhhammad S.A.W.), jadi tidak hairanlah kalau kamu akan melakukan kesilapan dalam hidup kamu.

Kadang kala, ada manusia yang selalu melakukan kesilapan di dalam hidup mereka. Ada yang amat berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan, namun masih juga melakukan kesilapan.

Ada juga manusia yang sering melakukan kesilapan demi kesilapan..Tetapi kesilapan yang dibuat adalah kesilapan yang kecil dan mungkin tidak memberikan kesan atau impak buruk sangat terhadap kehidupan mereka.

Dan ada manusia yang amat jarang membuat kesilapan. Mungkin hanya melakukan 1 kesilapan sahaja sepanjang kehidupan mereka tetapi kesilapan yang dibuat adalah amat besar hingga mampu memusnahkan hidup mereka.

Ada juga yang membuat kesilapan dan menjadi bahan ketawa dan hiburan terhadap kesilapan yang mereka buat. Contohnya ada pada gambar dibawah:



                                    Ok, mungkin kurang jelas. Biar aku zoom kan kepada kamu...



Ya!!! Tertulis di situ "PINTU KECESAMAN". Sepatutnya "PINTU KECEMASAN". Inilah contoh kesilapan yang sering menjadi bahan ketawa orang...

Ehem... Intro entri ni bunyi macam serius sahaja. tapi sampah je isi nya... Hehehe...sekian dulu untuk kali ni...wassalam..adios..


23 June 2011

Stranger, Again....


Melankolik..Aku Dia Dan Sesuatu...


Stage 1: Meeting

Meeting adalah peringkat pertama sesebuah perhubungan. Untuk pertama kalinya, si teruna dan dara bertemu. Pertemuan tersebut menimbulkan perasaan cinta pandang pertama. Pertemuan kali pertama biasanya tidak melibatkan perbualan yang terlalu menyentuh peribadi. 

Pertemuan kali pertama ini biasanya menjadi modal untuk seri teruna (atau mungkin juga dara) merancang untuk membuat pertemuan kali kedua. Samada pertemuan kali kedua itu dirancang (meminta nombor telefon dan terus merancangan untuk menonton wayang bersama) ataupun stalking ke mana si dara selalu pergi dan buat-buat terjumpa beliau di sana..


Stage 2: The Chase

The Chase adalah peringkat dimana si teruna dan dara masing-masing cuba mengenal hati budi dan tingkah laku pasangan masing-masing. bagi aku, ini adalah peringkat paling menyeronokan dalam proses perhubungan.

Setiap hari, kita akan mengetahui informasi terbaru tentang si dia. Hari ini kita tahu tentang makanan kegemarannya. Esok kita tahu muzik kegemarannya. Lusa kita akan tahu buku kegemarannya. Tulat kita akan tahu tentang makanan kegemarannya. Setiap hari, pasti ada perkara baru yang kita akan ketahui tentang dia dan akan mengujakan hati kita.


Stage 3: Honeymoon

Honeymoon adalah peringkat dimana si teruna dan si dara sudah bersepakat untuk bergelar sebagai pasangan kekasih. Pada peringkat ini, dunia adalah milik mereka berdua. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka berdua. Semua yang dilakukan bersama menjadi saat paling indah dalam diri masing-masing.

Masing-masing sanggup berkorban untuk pasangan masing-masing. Walaupun si teruna baru pulang dari kerja dalam kepenatan, tetapi panggilan telefon dari si dara yang mengajak si teruna keluar membeli-belah tidak akan ditolak. Begitu juga dengan si dara. Bagi pasangan kekasih, apa sahaja sanggup di buat asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama.


Stage 4: Comfortable

Comfortable adalah peringkat di mana pasangan masing-masing mula menunjukkan "wajah" mereka yang sebenar. Si dara yang selama ini bersopan santun kini boleh menunjukkan sikap kegila-gilaannya semula. Si teruna yang selama ini sopan di hadaopan si dara kini boleh kentut di depan si dara tanpa rasa bersalah.

Tetapi berada di peringkat ini menunjukkan hubungan sudah berada di peringkat yang matang. Pasangan tidak perlu lagi berpura-pura dan boleh berterus terang antara satu sama lain. Peringkat ini boleh menjadi penentu samada hubungan akan bertahan atau terus longar dan akhirnya putus.

Jika pasangan dapat bertahan, mereka akan berada di peringkat ini untuk beberapa tahun sebelum si teruna bersedia dan akhirnya pop the question, "Will you marry me?"

Jika si dara bersedia, mereka akan kembali ke peringkat Honeymoon dan berlanjutan sehinggalah mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Dan jika pasangan gagal bertahan di dalam peringkat ini, mereka akan terus terjerumus ke peringkat ke-5.


Stage 5: Tolerance

Tolerance adalah peringkat dimana pasangan mula "bertolak-ansur". Dan dalam konteks ini, tolak-ansur yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang baik.

Tolak ansur di sini bermaksud sesuatu yang baik. Peringkat ini merupakan peringkat dimana pasangan mula tidak ambil kisah tentangan pasangan masing-masing. Insan yang dulu amat penting kini hanyalah sama dengan insan lain di dunia. Tiada lagi layanan istimewa terhadap pasangan masing-masing.


Stage 6: Downhill

Downhill ialah peringkat dimana kemesraan hubungan antara pasangan mula pudar. Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata romantis. Setiap perbuatan akan mencetuskan pergaduhan. Rasa sayang sudah mulai pudar. Tiada apa lagi yang boleh dituturkan apabila bertemu. 

Dan ini akan menyebabkan perhubungan tersebut akhirnya terus ke peringkat yang ke-7 dan terakhir iaitu...


Stage 7: Breaking Up

Segala-galanya tamat disini. Tiada lagi "saya dan awak". Tiada lagi "you and I". Semuanya tamat.Yang ada hanya “aku dan kau”..Perhubungan yang dibina sekian lama terhenti di sini. Tak sangka akan bertemu noktah.


Ketika hubungan antara pasangan sedang mekar, pasangan kita merupakan orang terpenting dalam hidup. Semua tentang dia kita tahu. Kita bukan setakat tahu apa makanan kegemaran, muzik kegemaran.. Tapi kita juga mengetahui bahasa badannya.

Kita tahu bila pasangan kita sedang lapar, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita bila sedang marah, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita ketika bosan dan lain-lain.

Perkara ini pernah terjadi pada aku. Satu ketika dulu, aku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang merupakan penyokong kuat Manchester United (aku penyokong Chelsea). Dia berkata, tidak kira apa yang terjadi, dia tetap akan menyokong Mu walaupun apa yang terjadi dan tidak akan menyokong pasukan lain kalau dipaksa. Aku tak kisah tentang itu dan aku tidak memaksa beliau menyokong Chelsea.

Hampir Setahun selepas aku berpisah dengan dia, kebetulan aku bertembung dengan si dia. Dia kini memakai jersi Chelsea. Katanya, teman lelakinya memaksa beliau menyokong Chelsea dan dia akur.

Pelik juga aku. Dimana hilangnya semangat tidak akan berpaling tadah itu?

Dan juga dulu dia akan menjawab telefon menggunakan telinga kiri kerana dia berkata dia kurang selesa menggunakan telinga kanan. Tapi kini, dengan selamba dia menggunakan telinga kanan dan berkata dia kurang selesa menjawab dengan telinga kiri.

Dalam sekelip mata, aku bagaikan tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Dia yang dulu pernah berakata pada aku yang dia tidak selesa memakai dress dan lebih senang mengenakan T-Shirt dan jeans, kini sedang mengenakan dress dihadapan aku.

Dalam sekelip mata, perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku selama 2 tahun ini telah menjadi seorang perempuan yang aku tidak kenali.

Selepas putus, dia yang selama ini menjadi peneman hidup kita akan menjadi orang yang kita tidak kenali lagi. Agak sukar untuk kita berkawan selepas perhubungan tersebut putus. Bukan sukar, mungkin mustahil.

Mungkin ada sesetengah orang yang akan memulakan "buku baru" selepas putusnya sesuatu hubungan. Mereka akan mengubah gaya hidup mereka. Mungkin inilah yang menyebabkan bekas pasangan mula tidak mengenalinya lagi.

Dan kini, orang yang selalu kita hubungi setiap hari, orang yang selalu kita mimpi-mimpikan setiap hari, orang yang sering bertanya khabar kita setiap hari, sudah hilang dalam hidup kita. dalam sekelip mata, dia menjadi stranger dalam hidup kita.

Sebab itulah kita perlu "move on" apabila suatu perhubungan itu putus. Tak perlulah kita menunggu si stranger itu kembali berkenalan dengan kita. Dia kini seorang stranger, orang yang tidak kita kenali dalam hidup kita.

Tak perlulah kita berkenalan sebanyak 2 kali dengan stranger yang sama. Just Move on. Pergilah cari stranger yang lain..

Abadikanlah kenangan indah ketika kamu bersama sebagai sebuah memori yang tak mungkin kembali lagi..

21 June 2011

Mengenali jenis-jenis teman lelaki anda

Entri untuk kaum wanita.

Tapi tak salah dan tak berdosa pun kalau lelaki yang baca.

Berapa lama kamu sudah berkasih sayang dengan teman lelaki kamu? 5 tahun? 3 tahun? 6 Bulan? Baru nak declare couple weekends ini? Bertunang dulu baru nak kenal?  Baru kenal tadi masa tengah tunggu teksi?

Adakah kamu rasa kamu sudah cukup mengenali teman lelaki kamu dari segi luaran dan dalaman? (Bukan dalam 'seluar dalam'. Itu cerita lain).

Mungkin ada antara kamu yang masih belum betul-betul kenal teman lelaki kamu walaupun dah lama bersama. Hari ini merupakan hari bertuah kamu kerana membaca blog ini (mungkin juga malang).  Biar aku bagitahu tanda-tanda untuk kamu mengenali jenis-jenis teman lelaki kamu.

Jenis Kaki Bola

Kalau kamu ajak balak kamu date masa Sabtu malam atau Ahad malam, memang payah balak kamu nak setuju. Kenapa? Sebab masa tu lah malam EPL akan bersiaran langsung. Kalau balak kamu peminat La Liga OK jugak sebab La Liga biasanya kick-off pukul 2-3 pagi.

Setiap kali balak kamu belikan baju kepada kamu, mesti dia bagi jersey bola pasukan kegemaran dia. Memang boleh bergaduh jadinya kalau kamu pakai jersey pasukan musuh ketat kepada pasukan kegemaran dia. Kalau kamu memang tak minat bola sepak, akan dipaksanya kamu menyokong team kegemarannya dan meminta kamu hafal nama-nama pemain dalam pasukan kegemarannya itu.

Tempat dating kegemaran balak kamu ialah stadium bola sepak (itu pun kalau dia layan Liga Super Malaysia. Daulat FAM!) ataupun kedai mamak yang ada skrin putih besar dan pakej sukan Astro. Senang sikit, boleh dating sambil tengok bola (multitasking). Dan kamu akan perasan yang balak kamu akan lebih banyak tengok ke arah skrin putih daripada memandang muka kamu walaupun kamu dah pakai bedak banyak-banyak dan mendedahkan separuh cleavage kamu.

Jenis Kaki Sukan/Lasak/Adventure

Setiap kali dating, mesti ajak kamu ke tasik. Masa kali pertama dating, kamu excited tak ingat. Ya lah, dating tepi tasik berdua-duaan. Mesti romantik. Rupa-rupanya ajak jogging. Kena pulak kamu jenis yang memang tak pernah bersukan, memang pancit masa separuh joging dan akhirnya dating kamu berakhir dengan kamu terlantar dalam hospital/klinik sebab pengsan.
Dalam setahun, mesti balak kamu akan ajak kamu pergi camping, panjat gunung atau buat apa-apa aktiviti lasak bersama walaupun anda seorang perempuan yang lemah lembut dan tak tahan lasak.
Akibatnya, dalam setahun mesti kamu akan menyumpah seranah dan terpaksa bergelut dengan nyamuk dan agas di dalam hutan.

Jenis Skema, Nerd dan Geek

Setiap kali ajak dating, lokasi wajib ialah perpustakaan. Hari ni dating di seksyen sastera, esok dating di seksyen sains, lusa dating di seksyen business and economy dan seterusnya.

Setiap kali dating, mesti balak kamu akan membawa buku untuk dibaca. Kalau tak pun, bawa buku nota kecil atau kertas kajang yang boleh dilipat dua dan boleh disimpan kemas pada poket atas baju kemeja yang penuh dengan nota (boleh juga dijadikan 'toyol' semasa exam).

Tak perlu risau jika komputer kamu rosak. Balak kamu akan menyelesaikan masalah komputer kamu dengan sekelip mata. Jimat kos. Malahan, ada extra service untuk meng-upgrade-kan komputer kamu dengan percuma.

Lebih suka membaca komik daripada membaca buku novel cerita. Jangan sekali-kali mengutuk filem sains fiksyen di depannya kerana cerita-cerita sains fiksyen merupakan "cerita suci" buat mereka.

Menurut Clive Magazine keluaran September tahun lepas, perempuan sekarang lebih suka memilih geek dan nerd sebagai balak mereka kerana golongan ini lebih pandai menjaga hati wanita dan lebih mendengar perempuan dari golongan lain. Bolehlah aku declare jadi nerd dan geek lepas ni.. hahahaha..

Jenis Lelaki Berjiwa Wanita

Balak kamu merupakan peminat setia Twilight Saga yang lebih hardcore dari kamu. Malahan, dia boleh menangis setiap kali menonton Twilight Saga walaupun itu merupakan kali ke-10 balak kamu menontonnya.

Lebih suka menonton filem bergenre Comedy Romantic kerana menganggap filem bergenre action dan penuh dengan effect CGI adalah 'terlalu ganas' untuk hatinya.

Lebih kerap merajuk daripada kamu. Setiap kali kamu bertelingkah, pasti akan berakhir dengan si balak yang menangis dan kamu yang terpaksa memujuknya.

Mudah menangis bila mendapat perkhabaran gembira walaupun khabar gembira tersebut hanyalah si balak dapat pointer 3.02.

Tisu merupakan kawan baik balak kamu dan kalau berlakon pementasan, watak yang akan menjadi rebutannya ialah watak lelaki sedih selepas ditinggalkan wanita.

Suka dengar Sinar FM pada waktu malam dan segmen kegemaranya ialah segmen Luahan Hati bersama Jamal Jamalludin.

Jenis Kaki Perempuan

Setiap kali keluar dating, hand phone mesti di matikan atau di-silent mode-kan. Ini untuk mengelakkan awek yang lain call balak kamu masa tengah asyik berdating dengan kamu.

Selalu salah sebut nama kamu. Kalau nama kamu Sarah, mesti salah sebut nama lain. Bukan sekali salah sebut, banyak kali pulak tu dan dengan 2-3 nama yang berlainan.

Mempunyai koleksi adik angkat sama banyak dengan jumlah kontinjen atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Komanwel Delhi 2010 (If you wonder how many Malaysian's Athlete in Delhi, it's 193).

Bermulut manis, pandai berkata-kata, bijak bermadah dan pandai memujuk. Jangan kamu ingat balak kamu romantik sebab mempunyai ciri-ciri di atas. Ada udang disebalik batu. Kata-kata madah dan romantik yang balak kamu gunakan pada kamu adalah hasil recycle dari ayat yang sama masa balak kamu gunakan untuk tackle awek lain.

Sentiasa menjaga penampilannya, rambut sentiasa tersisir kemas, baju sentiasa bergosok tanpa ada satu kedut dan sentiasa wangi bermandikan sebotol perfume. Tapi jangan ingat dia berkemas untuk kamu. Sebenarnya dia berkemas untuk perempuan lain yang ditemui semasa enak ber-dating dengan kamu.

Lebih banyak memandang perempuan lain daripada memandang kamu semasa sedang dating. Malahan, tanpa segan silu meminta nombor telefon perempuan lain di depan kamu.


Jenis Kaki Politik

Dalam seminggu, mesti ada sekali dia ajak kamu ber-dating sambil pergi ceramah politik. Setiap benda yang dibualkan dengan kamu mesti nak dipolitikkan, sampaikan tengok Piala Dunia pun dipolitikkan (1Malaysia, 1Dunia. Pernah dengar slogan itu?).

Kalau kamu menyokong parti lawan, memang boleh jadi perang besar. Habis segala fakta dan sejarah (yang entah betul entah tidak) dikoreknya. Kalau dia menyokong BN, memang dikutuknya Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan ejen Yahudi. Kalau dia menyokong PR, memang dikutuknya Najib sebagai penghabis duit rakyat dan takut bini.

Seriously, baik kamu dapat balak kaki bola dari dapat balak kaki politik. Ramai dah kawan-kawan aku mengadu tak tahan dengan balak fanatik pada politik sampai tak boleh dikawal.


Jenis Anak Ikan

Dalam usia baru berusia 22 tahun, balak kamu sudah mampu membawa kereta mewah berharga RM 100 ribu ke atas walaupun balak anda hanyalah seorang student. Yang paling pelik, dia bukannya datang dari keluarga yang kaya.

Segala pakaian dan barangan yang dipakai oleh balak kamu dari kasut sampailah ke hujung rambut,
semuanya dari jenama yang mahal. Bila kamu tanya, "Dari mana awak dapat duit beli semua ni?". Dia akan tersenyum dan berkata, "Ada mak cik saya belanja."

Kawan-kawan perempuan balak kamu semuanya datang dari golongan lanjut usia dan sebaya dengan emak kamu dan semuanya mempunyai pangkat 'Datin' dipangkal nama. Malahan, pergaulan dan perbualan antara mereka agak 'mesra' untuk ditafsirkan sebagai pernbualan antara 'anak saudara dan mak cik'.

Bila kamu tanya, "Siapa tu?". Dia akan jawab, "Mak cik saya." Kamu tanya lagi, "Mak cik sebelah mak ke, sebelah ayah?". Dia akan jawab, "Mak cik jauh. Bau-bau bacang. Awak tak kenal."

Apa yang kamu tak tahu, balak kamu diperlakukan seperti buah bacang di ranjang datin-datin tersebut.
Jenis Gay

Kalau dia langsung tak pernah curi pandang amoi pakai skirt pendek paras peha atau awek Melayu yang mendedahkan cleavage ranum ketika keluar ber-dating dengan kamu, itu bukan setia tapi gay!

Kalau dia selalu berkata "Tough betul badan laki tu", "Jambu betul balak kawan awak tu" atau "Besar betul bontot balak tu" lebih kerap dari berkata "Besa
r betul breast awek tu" atau "Cutenya dia tu, macam Leah Dizon", memang sah dia gay!!

Dan kalau dia suka Justin Bieber dan menggunakan lagu Justin Bieber sebagai ringtone hand phone-nya, check mate! It's a capital GAY!!!!!!!

Jadi, balak kamu dalam kategori mana? Aku ada tertinggal mana-mana kategori lagi ke? Share with me.

20 June 2011

Bukan lelaki tak romantik, tapi kadang-kadang perempuan yang jual mahal

salam dan selamat sejahtera..entri kali ini aku terbuka hati nak buat pasal sikap romantik kaum lelaki khas untuk awek-awek yg ada kat luar tu..Rungutan lazim seorang kawan wanita terhadap aku ialah, "Pakwe aku  tu nasry, dia tak romantik la...."Baiklah...kaum-kaum awek sekelian...

Aku faham..Setiap wanita mengidamkan seorang lelaki yang romantik menjadi teman hidupnya. Kalau tak romantik banyak pun, romantik sikit pun jadilah. Sekeras-keras perempuan, setomboy-tomboy perempuan, selesbian-lesbian perempuan, pasti mereka masih mahukan teman hidup yang memiliki sifat romantik. Tak perlu romantik 24 jam, yang penting ada sikit sifat romantik.

Memang banyak rungutan teman lelaki kurang romantik. Dan muncul pula teori yang kononnya lelaki Melayu tidak romantik. Aku sendiri tak pasti dari mana datang teori tersebut dan siapa yang membuat teori tersebut. Tapi, inilah juga yang menjadi sebab dramatis Haliza Misbun dan artis suam kuku Jeslina Hashim pernah membuat kenyataan yang lelaki Melayu yang kurang sifat romantik dan mereka memilih lelaki bukan Melayu sebagai teman hidup. 

Setakat ini, Jeslina Hashim sudah berjaya mendapatkan lelaki idamannya. Haliza Misbun masih menjadi andartu terlampau. Tak mengapa. Terus berusaha Haliza Misbun!

Tapi betul ke lelaki memang tak romantik langsung? Kadang-kadang bukannya lelaki tak romantik, tapi perempuan yang jual mahal. Cuba tengok gambar di sebelah sebagai contoh:

Kadang-kadang lelaki dah cuba macam-macam trick untuk pikat hati perempuan. Tapi perempuan yang buat endah tak endah. Toby Walters (lelaki gambar di atas) dah mencuba bermacam-macam trick. Dari beli tiket konsert, ajak menari sehinggalah dia cuba jadi romantik dengan menghantar bunga dan coklat semasa hari Valentine, tapi masih di reject oleh Zoey Jones.

Kadang-kadang bukan lelaki tak mencuba, tapi kalau sudah semua usaha lelaki di reject tanpa diberikan peluang, macam mana nak jadi romantik? Macam aku katakan tadi, mungkin perempuan terlampau meletakkan expectation yang besar terhadap definasi romantik sekarang.

Sekarang ini, kebanyakan perempuan di Malaysia menjadi peminat setia drama Korea. Kebanyakan drama Korea bergenre komedi romantik. Bila dah bergenre komedi romantik, mestilah drama-drama tersebut dipenuhi dengan babak romantik samada romantik yang boleh diterima akal ataupun romantik diluar kawalan otak manusia.

Mungkin terpengaruh dari drama Korea dimana si lelaki menghadiahkan 100 kuntum bunga ros kepada si wanita. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki mengajak si wanita membuat candle light dinner di tepi laut. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki berdiri di satu tempat tinggi di tempat awam sambil menjerit, "Lihatlah dunia!!! Aku cintakan dia!!!"

Aku tahu. Setiap wanita mengidamkan babak-babak romantik dalam drama Korea menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Tapi gadis -gadis sekalian, itu drama. Drama hanyalah lakonan yang dilakonkan oleh pelakon. 

Jalan cerita dalam drama biasanya akan bermula dengan buruk dan berakhir dengan happy ending. Jalan cerita dalam biasanya bermula dengan sesuatu yang tak diingini dan berakhir dengan perkara yang diimpikan. Itu drama. Realiti adalah berbeza 360 darjah sama sekali. 

Drama adalah bagaikan escapism bagi dunia realiti, merialisasikan apa yang tidak terjadi di dunia nyata. Jadi janganlah kamu (gadis) meletakkan expectation romantis yang tinggi kepada para lelaki. Realiti dan drama adalah berbeza. Aku yakin belum tentu pelakon-pelakon drama Korea atau mana-mana pelakon Hollywood yang sering berlakon filem komedi romantik ada melakukan aksi romantik yang mereka lakonkan di dunia realiti.

Kalau si lelaki menghulurkan 3 kuntum Bunga Ros, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan nak muncungkan mulut demand nak 100 kuntum bunga. Sampai ke tua lah kau tak kahwin jawabnya.

"Tapi Nas, pakwe aku ni memang langsung tak romantik! Jangankan bagi bunga, SMS wish good night pun tak pernah!"

Ok. Kadang-kadang, lelaki bukannya tak romantik. Tapi dia yang tak nak menunjukkan keromantisan dirinya. Kenapa? Ada 3 sebab:

  1. Lelaki takut kalau terdapat perempuan yang tak suka benda-benda romantik. Kalau tertonjolkan ciri romantik berlebih-lebihan, nanti kena reject pula dengan wanita tersebut. So, play safe. Baik jangan tunjukkan sifat romantik.
  2. Takut kena kutuk dengan kawan-kawan beliau. Kawan-kawan lelaki biasalah, kalau nampak ada kawannya want to do romamtic stuff with his awek, mesti ada yang kuat menyakat. Untuk mengelakkan telinga berdesing, lelaki sekali lagi play safe.
  3. Lelaki ada satu kawan baik yang bernama Encik Ego. Ya! Lelaki kadang-kadang ego untuk menunjukkan keromantikannya. Takut di cop Mat Bunga atau Mat Jiwang. Sekali lagi, play safe.

Kalau teman lelaki kamu ada ciri-ciri di atas. Kamu kenalah pandai-pandai mengayat. Untuk masalah No.1, kamu bagilah hint yang kamu nak sesuatu yang romantik. Bila si lelaki sudah dengar yang kamu pun jenis suka benda-benda romantik, barulah dia akan mulakan.

Untuk masalah No. 3, yang tu kamu kena pandai-pandailah ayat dia. Pujuk dia. Ego lelaki tak ke mana. Kecuali kalau kamu dapat lelaki yang hati batu bagaikan Stone Cold Steve Austin. Tapi dengan ayat yang betul, mesti menjadi punya. Di sisi hati setiap lelaki, pasti ada sisi romantiknya. Chewah!

Untuk masalah No 2, kamu kena turunkan ilmu telinga kebal kepada teman lelaki kamu.. hahaha.tak adalah,,Itu aku mengarut je.ok. Masalah No. 2 ini kamu pandai-pandailah fikir sendiri. Tak kan semua benda aku nak kena ajar.

Ataupun, cuba si wanita pula yang mula lakukan benda-benda romantik ini. Kadang-kadang, ada sesetengah lelaki ingin membuat benda romantik kepada teman wanitanya. Tapi dia tidak tahu cara untuk memulakan. Jadi, apa salahnya si wanita yang mulakan dulu. Mungkin selepas melihat kamu membuat benda romantik, dia akan mempunyai ilham untuk melakukannya pula.

"Kau ni Nas.. Tak kan perempuan yang nak mulakan dulu. Dah macam perigi cari timba la pulak.."

Hello! Ini zaman moden. Zaman  millennium. Mana guna lagi istilah perigi cari timba. That was so 60's. Lagipun, apa salahnya kalau perempuan mulakan dulu? Zaman nabi pun, Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad S.A.W. So, what's the problem?

Lagipun, apa salahnya wanita pula yang jadi romantik. Tak kan kamu nak mengharap si lelaki sahaja yang nak kena tunjukkan sifat romantik. Tak salah kalau perempuan pun lakukan benda yang sama. Kenalah ada give and take. Asyik kamu saja yang nak take tapi tak nak give, tak adillah macam tu.

Kesimpulannya, bagi yang lelaki, janganlah ego tak bertempat. Sekali-sekala, buatlah sesuatu yang romantik. Jangan ingat  muka kau yang jambu boleh kasi kenyang jiwa cinta awek kau tu.Romantik pun perlu jugak.

Bagi perempuan pula, janganlah kamu meletakkan expectation yang tinggi dalam hal-hal romantik. Tak semua lelaki mempunyai tahap romantik yang sama. Kalau kamu asyik nak bandingkan tahap romantik teman lelaki kamu dengan teman lelaki kawan kamu, baik kamu rampas saja teman lelaki kawan kamu tu.

Jangan mengharapkan sesuatu yang besar. Kalau dia bagi 3 kuntum Bunga Ros, ambil sajalah. Jangan nak men-demand tak tentu pasal. Dan terima sajalah takdir yang teman lelaki kamu memang bukan jenis yang romantik. Tak romantik tak semestinya dia tidak bagus. Mungkin dia tak romantik tapi sifat prihatin dan caring nya lebih tinggi dari lelaki lain. Siapa tahukan?

Jangan memilih nak yang romantik sangat. Nanti jadi macam Haliza Misbun, baru kau tahu!

P/S: adakah wang yang banyak dan kereta mewah adalah The New Romantic?

19 June 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 2

Entri sebelum ni aku ada menyentuh tentang isu harga barang yg mahal dan kuasa beli rakyat malaysia yang rendah..mungkin masih ada yg kurang faham atau kurang jelas..so aku buat sambungan part 2..
Aku tidak selalunya betul tapi paling tidak aku tahu dan faham apa yang berlaku. Bagi aku tangga gaji yang masih rendah dan harga barang yang mahal membuatkan kita rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk membeli atau mempunyai aset-aset penting. Ini berlaku kerana kita sudah hilang kuasa membeli.

Baru-baru ini jugak The Malaysian Insider menerbitkan satu artikel bertajuk'Malaysians plagued by poor purchasing power',(klik sebelah untuk pergi ke web malaysian insider) satu laporan mengenai rendahnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Aku agak mungkin ramai juga yang sudah pun membaca laporan The Malaysian Insider ini.
Purchasing power atau dalam bahasa Melayunya “kuasa membeli” ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang. Senang cerita, dengan RM1 apakah benda yang boleh kita dapat? Hah apa benda?

Dalam artikel The Malaysian Insider itu apa yang dibangkitkan ialah kuasa membeli di Malaysia yang kurang dan perbandingan dengan kuasa membeli di negara luar. Antara contoh yang diberikan seperti harga sepotong kek tiramisu di Malaysia ialah RM15 dan di Britain pula GBP5. Dan pastinya ada beberapa individu yang kurang faham.

Sememangnya jika dibandingkan ringgit ke ringgit, tiramisu Malaysia masih lagi murah pada harga RM15 jika dibandingkan dengan tiramisu Britain yang sebenarnya berharga RM25 (pada pertukaran GBP1=RM5).

Tapi macam aku sebutkan awal tadi
'kuasa membeli ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang'. Ringkasnya jika Ali di Ipoh ada RM1 dan John di Liverpool ada GBP1 apakah yang boleh dibeli dengan duit yang mereka ada itu. Perbandingan kuasa membeli ialah pada unit matawang itu dengan mengabaikan nilai tukaran matawang.

Dalam kes Ali dan John tadi, si Ali hanya mampu membeli sebotol air mineral 500ml jenama murahan pada harga RM1 di sebuah kedai runcit sedangkan John boleh membeli sandwich telur di Tesco pada harga hanya GBP1 (dan sandwich manakah di Malaysia ini yang harganya RM1?).

Itulah yang dimaksudkan dengan kuasa membeli. Satu unit matawang memberikan kita kuasa untuk membeli tetapi sebesar mana nilainya? Adakah RM5 mampu memberikan kita satu makan tengah hari yang lengkap atau tidak? Adakah RM100 cukup untuk kita ke pasaraya membeli barang satu troli atau tidak? Adakah RM1000 boleh menampung perbelanjaan harian kita untuk tempoh sebulan atau tidak?

Di Malaysia ahli-ahli politik kita akan memaklumkan tentang mahalnya harga minyak di Amerika, harga ayam
di Britain atau harga rumah di Singapura dalam Ringgit Malaysia. Yang sangat jarang diceritakan kepada kita ialah kita lupa berapa banyak pulak gaji orang di Amerika dalam bentuk nilai USD, di Britain dalam GBP atau di Singapura dalam SGD??

Kita boleh bercerita tentang betapa murahnya harga barang-barang di Malaysia. Roti canai hanya 80 sen sekeping dan segelas teh tarik RM1.20 untuk satu set sarapan berharga RM2. Tapi yang perlu kita ambil perhatian ialah perlukah sampai RM2 untuk mengisi perut di waktu pagi kalau gaji sebulan hanya RM2000?




Di penghujung artikel The Malaysian Insider itu ada disentuh juga tentang bagaimana harga kereta yang mahal juga menyumbang kepada kurangnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Kita semua tahu harga kereta di Malaysia 'dilonjakkan' untuk melindungi kepentingan pihak tertentu dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia.
Atas sebab itulah ada disebut Bank Negara pernah memaklumkan pada tahun lepas, 20% hutang isi rumah di Malaysia adalah terdiri dari pinjaman kenderaan. Dan kita semua tahu kenderaan ialah aset yang susut nilai d
ari masa ke semasa.
Cuba bayangkan ..20% hutang rakyat Malaysia adalah untuk aset yang susut nilai?Tak Ke Gila!

p/s:sekian dulu untuk entri Malaysia&barang yg mahal.kalau ada masa mgkin aku akan buat lagi entri ke3..

18 June 2011

DADDY SEX TU APA??

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

' Daddy...daddy. ...sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-
anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang
hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang
bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek. Daddy ajalah yang tulis, uuwaaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... .

NAME : Danial Bin Abu...........
SCHOOL : Rendah Keb Taman Mawar.........
CLASS : Satu genius...........
SEX :..................

P/S:sekadar hiburan..aku dah ngantuk sangat..nak ZzzzZ..jumpa lagi..tataaa..

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 1

Aku ada terbaca satu artikel di MSN News (klik  sebelah untuk ke laman MSN) dan jugak dThe Malaysian Insider  tentang harga barang di Malaysia yang mahal dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang rendah.

Memang tak dinafikan harga barangan di Malaysia agak mahal sekarang ni jika dibandingkan dengan harga di luar negara. Berikut ialah harga broadband di Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh berita tersebut.

Harga broadband Kuala Lumpur, Malaysia dengan pakej 5Mbps ialah RM149 (Kalau tak salah, ini harga pakej Maxis).

Harga broadband di London, England pula hanya GBP13.50, dan ini ialah untuk pakej 10Mbps.

Manakala, harga broadband di New York, Amerika pula ialah USD41.95, untuk pakej 7Mbps. Ternyata harga broadband di Malaysia lebih mahal dari sesetengah negara maju.

"Hek eleh. Menggelabah lah kau ni Nasry . Itu harga duit antarabangsa. Cuba kau convert kan harga Pound & US Dollar tu kepada RM. Mesti jadi lagi mahal."

Ok. Memang betul. Nilai Great Britain Pound (GBP) lebih besar dari Ringgit Malaysia (RM). GBP 1 bersamaan dengan RM 4.97. kalau tak silap aku.

Manakala nilai US Dollar (USD) pula bersamaan USD 1 bersamaan RM 3.01.

(Nilai tukaran wang di atas telah aku bundarkan kepada nilai hampir)

Jika diubah harga broadband di London dan New York kepada nilai RM, maka harga broadband tersebut ialah RM67.10 untuk harga London, manakala RM126.27 untuk harga di New York. 

Eh? Masih murah dari harga di Malaysia lah!

Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Apabila ingin membezakan harga di negara asing, kita pasti ingin mengubah nilai tersebut kepada nilai RM. Sebenarnya, tak perlu bezakan dengan mengubah nilai tersebut kepada RM, tapi bezakan dengan nilai gaji yang diterima.

Sebagai contoh, Osman bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Gaji yang diterima ialah RM 1,800. Osman pun melanggan pakej broadband yang bernilai RM 149.

Dengan itu, baki gaji Osman selepas membayar bil broadband ialah RM 1,800 - RM 149 = RM 1,651.

Randy bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di London. Gaji yang diterima ialah GBP 1,800. Randy pun melanggan pakej broadband yang bernilai GBP 13.50.

Dengan itu, baki gaji Randy selepas membayar bil broadband ialah GBP 1,800 - GBP 13.50 = GBP 1,786.50.

Siapa yang mempunyai baki gaji lebih banyak selepas membayar bil broadband?

Ok. Kita tambah lagi. Kali ini, kita kira tentang pakaian pula. 

Osman merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Osman bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di Kuala Lumpur ialah RM 239.

Randy juga merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Randy bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di London ialah GBP 42,

Harga jersi original Liverpool di London lebih murah dari harga jersi cap siam yang dijual di uptown, yang biasanya bernilai RM 45, paling murah. Tak perlulah aku buat kira-kira baki gaji Osman dan Randy selepas mebeli jersi original tersebut. Kamu pasti boleh lakukan sendiri.Bagaimana pula dengan harga kereta? Jika Osman ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di Kuala Lumpur ialah RM 115,000.

Osman perlu membayar sejumlah duit muka untuk kereta tersebut sebelum membayar ansuran bulanan yang pasti mencecah lebih dari RM 900 setiap bulan. Ansuran perlu dibayar sehingga 8-10 tahun.

Jika Randy ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di London ialah GBP 19,000. Lebih murah dari harga VIVA (lebih kurang RM25,000 - RM28,000).

Itu belum kira harga barangan harian lagi. Kawan aku yang pernah pergi melancong ataupun sudah bekerja di London berkata yang harga barang harian di sana juga agak murah berbanding di Malaysia. Patutlah ramai graduan luar negara tidak mahu pulang dan terus kerja di sana.Mungkin sudah sampai masa untuk kerajaan menaikkan tangga gaji pekerja di Malaysia untuk kemudahan rakyat. Sudah sampai masanya rakyat boleh berbelanja tanpa perlu menghiraukan harga barangan yang mahal.

Jangan ingat kenaikan gaji pekerja akan membebankan kerajaan. Jika gaji pekerja Malaysia di naikkan, rakyat akan lebih berbelanja. Jika rakyat banyak berbelanja, ini juga akan menjana ekonomi negara. Ia juga menggalakkan syarikat pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk di pasaran. Kerajaan boleh mendapat keuntungan dari cukai yang dikenakan kepada syarikat pengeluar. 

Malahan, jika graf perbelanjaan rakyat Malaysia semakin meningkat, ia juga akan menggalakkan kemasukan produk import ke Malaysia. Kerajaan boleh mendapatkan keuntungan dari duti import.

Menaikkan gaji pekerja Malaysia sebenarnya ialah win-win situation. Aku mungkin bukan pakar ekonomi untuk bercerita tentang ini. Tetapi dengan logik akal, ini ialah cadangan yang perlu pihak kerajaan timbangkan dengan baik.

Daripada membazirkan duit dengan e-mel 1Malaysia, baiklah gunakan wang tersebut dengan lebih bijak. Berikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. Pendapat aku  Negara yang maju diukur dari kesenangan rakyatnya. Diukur melalui kuasa membeli rakyat. Diukur dengan tahap pengangguran yang rendah. Diukur dengan jumlah buta huruf yang rendah di kalangan rakyat.

Negara maju bukan diukur semata-mata dengan bangunan tinggi 100 tingkat..Betul tak kawan-kawan??