28 September 2011

sapa nak masuk syurga??

Cikgu: Murid2 sapa yg nak masuk syurga?
Murid: Saya cikgu! (satu kelas ckp kecuali Ali)
Cikgu: Sapa nak masuk neraka?
Murid: Taknak cikgu (satu kelas ckp kecuali Ali juga)
Cikgu: Ali, kenapa kamu tak jawab?...kamu nak masuk syurga ke neraka?
Ali: Dua-dua taknak cikgu
Cikgu: Kenapa plak mcm tu Ali?
Ali: sebab ayah saya suruh masuk TENTERA.

Sepasang kekasih di kedai makan...


Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*
hee ~~~~ :)
credit to my friends Fak Yu

tarzan dan 3 orang saintis

3 orang  saintis  telah  masuk  ke  hutan  amazon
tujuan  mereka  ialah  untuk  menkaji  usia  hutan  itu
tibe-tibe, 3 orang  saintis  itu  telah  ditangkap  oleh  tarzen  yg  kejam.  Tarzen  ini  nk membunuh  3  orang  saintis  nie
ketiga  tiga  saintis  itu pun  berkata " tolong  lepaskan  kami"
jawab  tarzen  itu  - "baiklah  tapi  dengan  2  syarat  " jawab  3  orang  saintis  -" baiklah, ape  saje  syrat nye  kmi  akan  turutkan  asal  jangan  bunuh  kami"
"syarat  pertame  korang  semue  kene  cari  5  biji  buah  tetapi  jenis  laen2  .sape  yg same  aq  bunuh .. faham !! " Kate  tarzen
tanpa  mendengar  syrt  kedue  mereka  pun  mencari  buah  itu .
setelah  1  jam  kemudian , pulang lah  saintis  n0 1. Dengan  menbawa  balik  5  biji  buah pisang .
"syarat  kedue  ialah  kamu  hendaklah   menyumbat  buah  itu  kedalm  dubur  kamu  kalo  bunyi  aq  bunuh "kata tarzen
tanpa  membuang  masa  saintis  no1 telah  menyumbat  buah  pisang  itu  ke  dalm  dubur nye  lalu  keluar  lah  bunyi "ahhhhhhhhhhh"  lalu  dibunuh
5  min  kemudian..
sampai  lah  sainis  no2  dngan membawa  5biji  buah  anggur  yg  kecil
lalu  memasukkan  buah  itu  ke dalam  duburnya. .
ketika  dia  hendak   memasukkan   buah  anggur  terakhir  ke dalam   duburnya  ,tiba2 saintis no2   ktawa  terbahak- bahak  lalu  dibunuh.
lalu  sampai lah  2  orang  saintis  itu  ke  alam  roh ..
saintis  no1   bertanya  kepada   saintis  no2   "nape ko gelak tadi "
Jawab   saintis no2   " aq  x  tahan  gelak  sebb   aq  ternampak   saintis  no3 tu  bawak 5 biji   buah  durian   yg  besar2   tadi"
hehehehehe..korang bayangkan ape jadi pade saintis NO3 tu..

22 September 2011

Membaca Bukan Hobi Pilihan Anak Muda Zaman Ini

"Ali, apa hobi kamu?"

"Hobi saya ialah membaca, cikgu."

Itulah dialog yang kita selalu dengar di dalam kelas bila seorang cikgu bertanyakan pada muridnya tentang hobi masing-masing.

Tapi, itu masa zaman dulu-dulu. Paling baru pun, zaman 90-an. Sekarang?

"Sekarang ni hobi budak-budak pelik-pelik la. Yang baru ni... Apa bende namanya.... Sha... Ha! Shuffle!"

Itulah antara dialog seorang cikgu kepada kawannya semasa makan di gerai Lina Dollah..Yang aku curi-curi dengar.

Aku rasa berapa kerat sangat la Rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) yang ada hobi membaca. Membaca kini bagaikan satu hobi yang kuno. "Dah tak cool" kata budak-budak baru nak Up.

Memang amat jarang sekali kita melihat budak-budak zaman sekarang suka membaca. Jangankan bahan bacaan berilmiah, komik pun mereka jarang-jarang baca.

"Buat apa nak beli komik Naruto. Kan anime dia keluar tv. Tak pun, beli je DVD cetak rompak je...."

Memang tahap malas habis.

Budak-budak zaman sekarang lebih cenderung dengan hobi zaman baru. Main PS2 atau X-Box 360 adalah satu kemestian. Asyik masyuk bermain game lagi-lagi bila main game yang susah nak ditamatkan missionnya. Mahu 3-4 jam mengadap TV sampai mak-bapak menjerit-jerit, baru tahu nak tutup TV.

Dan yang paling baru sekali dan yang paling nyata sekali ialah komputer dan internet. Lagi setelah kemunculan Facebook. Facebook bagaikan satu virus yang merebak dengan laju. Orang yang tak pernah mempunyai akaun Friendster dan Myspace pun boleh terjebak dengan Facebook.

Bukan setakat Facebook, pelbagai lagi benda-benda yang menarik berada di alam maya sehingga menyebabkan budak-budak zaman sekarang jarang membaca..Youtube,..online game dan pelbagai lagi website yang boleh layari..

Sebenarnya kita boleh membaca juga di dalam internet. Pergi sahaja ke laman web wikipedia, dan kemudian taip apa sahaja yang kamu ingin tahu dibahagian search, dan kamu boleh baca semuanya. Malahan, bahagian sejarah Malaysia dalam wikipedia ialah lebih baik dan banyak isinya jika dibandingkan dengan buku teks yang kamu belajar di sekolah tu.

Tapi mungkin salah satu sebab kenapa budak-budak zaman sekarang tidak berapa gemar membaca ialah kerana harga buku yang agak mahal.

Kalau kita lihat, harga buku sekarang memang agak mahal. Menurut pengeluar buku, harga kertas agak mahal sekarang. Aku masih ingat lagi harga komik yang berasal dari Hong Kong dahulu hanya berharga RM 1.80 tetapi kini telah melambung menjadi RM 3.50.

Selain itu, harga buku import juga agak mahal. Jika dilihat buku kecil (saiz seperti novel) buatan Malaysia setebal 200-300 muka surat berharga sekitar RM 20.00 sehingga RM 30.00.

Tetapi, buku import yang mempunyai saiz dan ketebalan yang sama dengan buku keluaran tempatan boleh mencapai harga RM 50.00 sehingga RM 70.00.

Kalau buku tersebut berbentuk autobiografi pula, harga boleh mencecah RM 100.00 sehingga RM 120.00. Kalau buku hard cover? Boleh mencecah RM 200.00.

Ada juga beberapa kali aku cuba membeli beberapa buku hasil karangan tokoh-tokoh pemimpin luar negara. Tapi bila aku mencapai buku mengenai Barack Obama dan melihat harganya RM250.00, dengan sepantas kilat aku memberhentikan niat aku.

Kalau dilihat harga asal buku tersebut, tidaklah mahal sangat. US Dolar 15.00 sahaja. Bila sampai di Malaysia dan dikenakan cukai barangan impot, terus harga buku tersebut boleh melambung mencecah RM 80.00.

Dengan tahap pendapatan rakyat Malaysia yang sedikit, adalah mustahil rakyat Malaysia mampu membelanjakan RM 80.00 hanya semata-mata untuk membeli buku. Mungkin inilah antara sebab kenapa rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca.

Cukai kereta buggy untuk kelab golf boleh dikecualikan, cukai perabot import boleh dikurangkan, cukai kereta mewah boleh dikurangkan... Tak kan cukai buku import tak boleh kurangkan ya? Harap pihak berkuasa boleh membantu dalam hal ni. Kalau tak, iklan membaca dalam LRT hanya akan menjadi satu mimpi yang tak kan berlaku.

"kau tak tahu..Sekarang ni nasry.. budak-budak ingat membaca ni untuk budak-budak nerd je."

Salah satu pendapat kawan aku. Membaca hanyalah dari golongan nerd/geek atau ulat buku. Golongan yang dianggap tidak cool, anti sosial dan pakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal.

Tidak dinafikan budak-budak zaman sekarang lebih mengejar populariti dan coolness dalam gaya hidup mereka. Mereka perlu nampak cool di sekolah atau kolej. Seolah-olah budaya sekolah menengah gaya Amerika telah meresap di Malaysia. Golongan Perempuan Hot, Perempuan Gedik, Golongan Lelaki Jock, lelaki tampan bermuka jambu, lelaki metroseksual dan lain-lain.

Membaca akan menjatuhkan maruah mereka ke tahap golongan nerd/geek. Kalau dalam cerita Glee, golongan ini biasanya akan disimbah dengan slushy. Tapi mereka lupa yang golongan geek/nerd yang berpeluang menyertai rancangan Beauty and The Geek. Damn! Kenapa rancangan ini tidak wujud di Malaysia, kalau tidak memang aku dah beratur untuk ujibakat.

Jadi tanamkan sedikit minat untuk membaca. Tidak kira buku yang tebal atau nipis. Tapi sekurang-kurangnya tanamkan semangat untuk membaca. Sekurang-kurangnya 2-3 buku dalam setahun. Majalah gosip sampah seperti Mangga tidak boleh dianggap sebagai membaca.

Membaca bagi aku penting...Kerana kekurangan membaca boleh menyebabkan rakyat Malaysia kurang produktif berbanding rakyat negara lain...pendek kata banyak yang kita tak sedar dan tak tahu kerana kurang membaca...so kawan-kawan..marilah kita sama-sama tanamkan sikap membaca...
Ada seorang budak suka tersenyum di hadapan tabung masjid. Kejadian ini menyebabkan imam masjid mendatangi budak ini untuk bertanya.

Imam : Kenapa selalu tersenyum depan tabung masjid?
Budak : Ustazah saya kata, senyum itu satu sedekah. Saya tak ada duit, jadi saya senyum saja lah di hadapan tabung masjid untuk bersedakah.
Imam : =.="

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

 


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

11 September 2011

Benda Yang Sering Dilakukan Bersama Ketika Couple & Penilaiannya


Bila manusia jatuh cinta, mereka ingin melakukan aktiviti yang melibatkan penglibatan kedua-dua pihak.
Melakukan aktiviti bersama kadangkala boleh menambahkan keutuhan perhubungan, dan kadangkala tidak baik untuk kesihatan hubungan tersebut.

Jadi, mari kita lihat antara aktiviti yang selalu dibuat bersama oleh pasangan-pasangan bercinta.


Pakai Couple T-Shirt

Rasanya kamu tahukan apa itu Couple T-Shirt? Ada 2 jenis Couple T-Shirt. Yang pertama, t-shirt yang mempunyai design yang sama. Yang kedua, t-shirt yang mempunyai corak yang bercantum antara 2 t-shirt. Kalau kamu pakai dan jalan sama-sama, nampaklah corak yang bercantum itu.

Penilaian:
Perkara yang agak simple tetapi mempunyai unsur romantik di situ. Pasangan digalakan membuat perkara ini tetapi janganlah tiap kali kamu date, kamu nak kena pakai Couple T-Shirt pula. Nanti kamu dipandang seroang oleh masyarakat pula.


Kerap Keluar Makan Bersama-sama

Walaupun kamu belajar di kelas yang berlainan, walaupun kamu bekerja di tempat yang lain, kamu tetap makan sarapan, makan tengahari dan minum petang bersama.

Makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tapi sebenarnya, ada sebab lain kenapa aktiviti ini dilakukan.

Antara sebabnya ialah untuk mengawal nafsu makan pasangan masing-masing. perut si lelaki sudah seperti bentuk lelaki yang sudah 10 tahun berkahwin dan si lelaki risau dengan si wanita yang pada mulanya boleh memakai baju adiknya, kini mampu memakai baju ayahnya.

Penilaian:
Seperti apa yang aku pernah katakan, makan bersama boleh menambahkan keakraban hubungan sesama pasangan. Tetapi aktiviti ini perlulah ada give and take. Janganlah suruh si lelaki sahaja yang terpaksa bayar setiap kali makan. Botak teman lelaki kamu tu. Lagipun, nanti makin lambatlah kamu nak berkahwin sebab duit si lelaki tak cukup-cukup


Memilih Lagu Couple

Lagu couple adalah lagu cinta yang dipilih untuk setiap pasangan. Ada beberapa kreteria yang menyebabkan  sesebuah lagu dipilih menjadi lagu couple (1) Lagu tersebut merupakan lagu kegemaran kedua-dua mereka (2) Lagu tersebut mempunyai pengaruh kepada hubungan mereka (3) lagu tersebut mengingatkan mereka kepada suatu memori indah dalam hubungan mereka, contoh: Lagu tersebut berkumandang semasa first date (4) lagu tersebut tengah popular semasa mereka bercouple.

Penilaian:
Memilih lagu couple memang satu perkara yang simple, tapi romantik. Tapi ada juga keburukannya. Kalau hubungan tidak berterusan, putus di tengah jalan, maka secara automatik lagu tersebut akan menghantui diri sepanjang hidup.

Kalau putus secara baik, mungkin tiada effect sangat. Tapi kalau kena putus secara tak baik (Kena kikis dengan awek lepas tu terus blah, balak mengandungkan kamu lepas tu hilang entah ke mana) pasti sakit jiwa kalau mendengar balik lagu couple tersebut.

Dan kalau pasangan tersebut meninggal dunia, setiap kali terdengar lagu couple tersebut, pasti meleleh air mata.

Dan kalau boleh, sorokkanlah tajuk lagu couple tersebut dari kawan-kawan anda. Kelak bakal mengundang padah.


Tidak Merahsiakan Password Kamu

Ini juga perkara lazim. Kononnya cinta punya pasal, segala password boleh dikongsi bersama. Dari password Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Foursquare, kad ATM duit PTPTN dan lain-lain lagi, semuanya dikongsikan.

Kalau mak ayah tanya password kad ATM, kemain lagi kamu mengamuk tak nak bagi. Kononnya "saya dah besar la mak, abah. Saya boleh jaga duit saya". Tapi kalau makwe mintak "ambiklah password ni. Kalau nak ambik duit sekali pun, saya tak kisah."

Tukar Sim Card

Perkara ini agak popular dilakukan semasa zaman aku study dahulu. Tapi aku tak pasti samada method ini masih dilakukan oleh adik-adik indie & hipster zaman sekarang. Kawan-kawan aku ramai betul yang terjebak dalam permainan penukaran sim card ini. Aku? Tidak sama sekali.

Penukaran sim card dilakukan untuk memastikan pasangan masing-masing tidak curang sesama sendiri. Pasangan masing-masing dapatlah tahu siapa yang ada dalam senarai phone bokk pasangan mereka dan tahu siapa yang kerap menelefon pasangan mereka setiap hari.

Penilaian:
Bagi aku, ini merupakan satu perkara tidak bijak. macam apa yang terjadi pada kawan-kawan aku. Bila emak bapak masing-masing call, mereka mesti pelik kenapa anak mereka berubah jantina.

Kes yang terjadi pada kawan aku, dia tukar sim card dengan aweknya. Bila emak dia call, terkejut beruk emak dia mendengar suara perempuan yang menjawab telefon. Emaknya fikir yang bukan-bukan, kononnya anaknya sudah bawa perempuan balik ke rumah sewanya. terus haru biru dibuatnya.

Tukar sim card bukanlah cara yang baik. Selain bakal menerima makian dari mak bapak sendiri dan mak bapak kekasih kamu, kamu juga bakal menerima makian tambahan dari kawan-kawan yang galak mahu mengajak kamu bermain futsal dan kawan-kawan yang ajak buat slumber party/sleepover.

Lagipun, kepercayaan adalah kunci perhubungan. Kalau kamu tukar sim card kerana tidak percayakan pasangan kamu, baik tak payah bercinta.
==========

Cukup sampai di sini dahulu. Aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Sebenarnya ada banyak lagi benda aku mahu tulis tapi perasaan malas berjaya merajai hati aku. Lain kalilah aku sambung lagi.

Aktiviti bersama boleh mengeratkan perhubungan, dan juga boleh menjahanamkan perhubungan. Pastikan kamu memilih aktiviti yang betul untuk memastikan hubungan kamu berterusan sehingga ke jinjang pelamin.

09 September 2011

Kadar Hantaran Masa Kini

Tadi, aku terbaca statement di bawa dekat Facebook. Aku tak pasti siapa yang mula-mula post benda ini di Facebook:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung (TAK TERMASUK CUKAI 6%) :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


Aku tak pasti samada benda ini sebagai satu gurauan ataupun realiti. Tapi aku sudah dengar cerita dari kawan-kawan yang abangnya mengeluarkan hantaran sebanyak RM 12,000 untuk bakal isterinya yang mempunyai Master.

RM 12,000 tu. Dan kalau kamu lihat kadar di atas, memang tepat sekali jumlah yang kawan abang aku kena bayar.

Jika kadar ini diguna pakai, memang parahlah semua lelaki di Malaysia. Kalau ikut jumlah duit aku dalam bank, aku hanya layak berkahwin dengan gadis yang hanya mempunyai lulusan PMR.

Masalahnya, mana nak cari perempuan yang ada lulusan PMR? Sekarang ini, paling teruk pun orang ada SPM. Itupun ramai perempuan yang pandai sekarang. Sudah ada degree. Matilah aku.

Itu baru duit hantaran. Belum kira perbelanjaan dulang hantaran, perbelanjaan kenduri kahwin, sewa baju pengantin, belanja photoshoot dan macam-macam lagi. Itu belum kira pula perbelanjaan selepas kahwin.

Mahu tak mahu, kenalah buat pinjaman nak kahwin. Adalah 3 alternatif untuk buat pinjaman.

Yang pertama, buat pinjaman pada bank. Bank sekarang memang ada menyediakan personal loan untuk orang yang ingin berkahwin. Tapi, apa jadi kalau kita gagal membayar pinjaman setiap bulan? Adakah isteri kita bakal ditarik oleh bank macam kereta kena tarik?

Yang kedua, pinjam dari Ah Long Bukit Beruntung. Pinjam dari ah long memang tinggi risikonya. Lagi-lagi kalau dia tahu kita pinjam untuk kahwin. nanti kalau tak dapat bayar, mahu dia datang rogol bini kita beramai-ramai.

Yang ketiga, pinjam dari mak ayah kita. Yang ini pinjaman paling selamat. Tiada tekanan diberikan untuk kita buat bayaran balik. Silap hari bulan, mahu mereka halalkan sahaja pinjaman tersebut. 

Tapi itupun kalau kamu berasal dari keluarga yang senang. kalau kamu berasal dari keluarga susah, mak ayah pun tiada duit. nak buat macam mana?

Para lelaki sekalian, pening kepala bukan melihat kadar hantaran tersebut. Yang perempuan jangan suka sangat sebab dapat hantaran tinggi. Duit hantaran itu untuk mak ayah kamu. Kalau hantaran tinggi, nanti suami kau juga yang terkial-kial sesudah kahwin. Makan pasirlah kamu selepas kahwin nanti.

Bagi bakal mertua sekalian, janganlah kamu tergamak nak meletakkan harga tinggi. Jangan sampai kena chop jual anak pula nanti. nanti anak perempuan kamu juga yang terseksa selepas kahwin.

Tapi memandangkan keadaan ekonomi Malaysia sekarang, dengan harga barang asyik naik, harga petrol tak pernah turun dan kini top up pun kena cukai 6% tak mustahil kadar hantaran ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Dan kalau jadi kenyataan, maka semakin ramailah golongan anak muda yang tak berkahwin (dan bakal menggalakkan zina pula, mungkin?)

Dan tiba-tiba, ada pula kawan aku (Farwalis) yang edit statement di atas dan diubah menjadi seperti di bawah ini:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Pasaran Terkini :

Ada Friendster : RM1,000 - RM3,000
Ada MySpace : RM3,000 - RM8,000
Ada Tumblr : RM8,000 - RM12,000
Ada Facebook : RM12,000 - RM15,000
Ada Twitter : RM15,000 - RM20,000

Ada butik online jual tudung : RM20,000 - RM30,000


kalau macam ini, aku nak cari bakal isteri yang buta IT. Mesti murah. Kot-kot, boleh dapat percuma. Hahahahahaha.....