19 June 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 2

Entri sebelum ni aku ada menyentuh tentang isu harga barang yg mahal dan kuasa beli rakyat malaysia yang rendah..mungkin masih ada yg kurang faham atau kurang jelas..so aku buat sambungan part 2..
Aku tidak selalunya betul tapi paling tidak aku tahu dan faham apa yang berlaku. Bagi aku tangga gaji yang masih rendah dan harga barang yang mahal membuatkan kita rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk membeli atau mempunyai aset-aset penting. Ini berlaku kerana kita sudah hilang kuasa membeli.

Baru-baru ini jugak The Malaysian Insider menerbitkan satu artikel bertajuk'Malaysians plagued by poor purchasing power',(klik sebelah untuk pergi ke web malaysian insider) satu laporan mengenai rendahnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Aku agak mungkin ramai juga yang sudah pun membaca laporan The Malaysian Insider ini.
Purchasing power atau dalam bahasa Melayunya “kuasa membeli” ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang. Senang cerita, dengan RM1 apakah benda yang boleh kita dapat? Hah apa benda?

Dalam artikel The Malaysian Insider itu apa yang dibangkitkan ialah kuasa membeli di Malaysia yang kurang dan perbandingan dengan kuasa membeli di negara luar. Antara contoh yang diberikan seperti harga sepotong kek tiramisu di Malaysia ialah RM15 dan di Britain pula GBP5. Dan pastinya ada beberapa individu yang kurang faham.

Sememangnya jika dibandingkan ringgit ke ringgit, tiramisu Malaysia masih lagi murah pada harga RM15 jika dibandingkan dengan tiramisu Britain yang sebenarnya berharga RM25 (pada pertukaran GBP1=RM5).

Tapi macam aku sebutkan awal tadi
'kuasa membeli ialah ukuran berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan satu unit matawang'. Ringkasnya jika Ali di Ipoh ada RM1 dan John di Liverpool ada GBP1 apakah yang boleh dibeli dengan duit yang mereka ada itu. Perbandingan kuasa membeli ialah pada unit matawang itu dengan mengabaikan nilai tukaran matawang.

Dalam kes Ali dan John tadi, si Ali hanya mampu membeli sebotol air mineral 500ml jenama murahan pada harga RM1 di sebuah kedai runcit sedangkan John boleh membeli sandwich telur di Tesco pada harga hanya GBP1 (dan sandwich manakah di Malaysia ini yang harganya RM1?).

Itulah yang dimaksudkan dengan kuasa membeli. Satu unit matawang memberikan kita kuasa untuk membeli tetapi sebesar mana nilainya? Adakah RM5 mampu memberikan kita satu makan tengah hari yang lengkap atau tidak? Adakah RM100 cukup untuk kita ke pasaraya membeli barang satu troli atau tidak? Adakah RM1000 boleh menampung perbelanjaan harian kita untuk tempoh sebulan atau tidak?

Di Malaysia ahli-ahli politik kita akan memaklumkan tentang mahalnya harga minyak di Amerika, harga ayam
di Britain atau harga rumah di Singapura dalam Ringgit Malaysia. Yang sangat jarang diceritakan kepada kita ialah kita lupa berapa banyak pulak gaji orang di Amerika dalam bentuk nilai USD, di Britain dalam GBP atau di Singapura dalam SGD??

Kita boleh bercerita tentang betapa murahnya harga barang-barang di Malaysia. Roti canai hanya 80 sen sekeping dan segelas teh tarik RM1.20 untuk satu set sarapan berharga RM2. Tapi yang perlu kita ambil perhatian ialah perlukah sampai RM2 untuk mengisi perut di waktu pagi kalau gaji sebulan hanya RM2000?




Di penghujung artikel The Malaysian Insider itu ada disentuh juga tentang bagaimana harga kereta yang mahal juga menyumbang kepada kurangnya kuasa membeli rakyat Malaysia. Kita semua tahu harga kereta di Malaysia 'dilonjakkan' untuk melindungi kepentingan pihak tertentu dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia.
Atas sebab itulah ada disebut Bank Negara pernah memaklumkan pada tahun lepas, 20% hutang isi rumah di Malaysia adalah terdiri dari pinjaman kenderaan. Dan kita semua tahu kenderaan ialah aset yang susut nilai d
ari masa ke semasa.
Cuba bayangkan ..20% hutang rakyat Malaysia adalah untuk aset yang susut nilai?Tak Ke Gila!

p/s:sekian dulu untuk entri Malaysia&barang yg mahal.kalau ada masa mgkin aku akan buat lagi entri ke3..

No comments:

Post a Comment

caci..maki..kata perangsang...