18 June 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal PART 1

Aku ada terbaca satu artikel di MSN News (klik  sebelah untuk ke laman MSN) dan jugak di The Malaysian Insider  tentang harga barang di Malaysia yang mahal dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang rendah.

Memang tak dinafikan harga barangan di Malaysia agak mahal sekarang ni jika dibandingkan dengan harga di luar negara. Berikut ialah harga broadband di Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh berita tersebut.

Harga broadband Kuala Lumpur, Malaysia dengan pakej 5Mbps ialah RM149 (Kalau tak salah, ini harga pakej Maxis).

Harga broadband di London, England pula hanya GBP13.50, dan ini ialah untuk pakej 10Mbps.

Manakala, harga broadband di New York, Amerika pula ialah USD41.95, untuk pakej 7Mbps. Ternyata harga broadband di Malaysia lebih mahal dari sesetengah negara maju.

"Hek eleh. Menggelabah lah kau ni Nasry . Itu harga duit antarabangsa. Cuba kau convert kan harga Pound & US Dollar tu kepada RM. Mesti jadi lagi mahal."

Ok. Memang betul. Nilai Great Britain Pound (GBP) lebih besar dari Ringgit Malaysia (RM). GBP 1 bersamaan dengan RM 4.97. kalau tak silap aku.

Manakala nilai US Dollar (USD) pula bersamaan USD 1 bersamaan RM 3.01.

(Nilai tukaran wang di atas telah aku bundarkan kepada nilai hampir)

Jika diubah harga broadband di London dan New York kepada nilai RM, maka harga broadband tersebut ialah RM67.10 untuk harga London, manakala RM126.27 untuk harga di New York. 

Eh? Masih murah dari harga di Malaysia lah!

Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Apabila ingin membezakan harga di negara asing, kita pasti ingin mengubah nilai tersebut kepada nilai RM. Sebenarnya, tak perlu bezakan dengan mengubah nilai tersebut kepada RM, tapi bezakan dengan nilai gaji yang diterima.

Sebagai contoh, Osman bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Gaji yang diterima ialah RM 1,800. Osman pun melanggan pakej broadband yang bernilai RM 149.

Dengan itu, baki gaji Osman selepas membayar bil broadband ialah RM 1,800 - RM 149 = RM 1,651.

Randy bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di London. Gaji yang diterima ialah GBP 1,800. Randy pun melanggan pakej broadband yang bernilai GBP 13.50.

Dengan itu, baki gaji Randy selepas membayar bil broadband ialah GBP 1,800 - GBP 13.50 = GBP 1,786.50.

Siapa yang mempunyai baki gaji lebih banyak selepas membayar bil broadband?

Ok. Kita tambah lagi. Kali ini, kita kira tentang pakaian pula. 

Osman merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Osman bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di Kuala Lumpur ialah RM 239.

Randy juga merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Randy bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di London ialah GBP 42,

Harga jersi original Liverpool di London lebih murah dari harga jersi cap siam yang dijual di uptown, yang biasanya bernilai RM 45, paling murah. Tak perlulah aku buat kira-kira baki gaji Osman dan Randy selepas mebeli jersi original tersebut. Kamu pasti boleh lakukan sendiri.Bagaimana pula dengan harga kereta? Jika Osman ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di Kuala Lumpur ialah RM 115,000.

Osman perlu membayar sejumlah duit muka untuk kereta tersebut sebelum membayar ansuran bulanan yang pasti mencecah lebih dari RM 900 setiap bulan. Ansuran perlu dibayar sehingga 8-10 tahun.

Jika Randy ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di London ialah GBP 19,000. Lebih murah dari harga VIVA (lebih kurang RM25,000 - RM28,000).

Itu belum kira harga barangan harian lagi. Kawan aku yang pernah pergi melancong ataupun sudah bekerja di London berkata yang harga barang harian di sana juga agak murah berbanding di Malaysia. Patutlah ramai graduan luar negara tidak mahu pulang dan terus kerja di sana.Mungkin sudah sampai masa untuk kerajaan menaikkan tangga gaji pekerja di Malaysia untuk kemudahan rakyat. Sudah sampai masanya rakyat boleh berbelanja tanpa perlu menghiraukan harga barangan yang mahal.

Jangan ingat kenaikan gaji pekerja akan membebankan kerajaan. Jika gaji pekerja Malaysia di naikkan, rakyat akan lebih berbelanja. Jika rakyat banyak berbelanja, ini juga akan menjana ekonomi negara. Ia juga menggalakkan syarikat pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk di pasaran. Kerajaan boleh mendapat keuntungan dari cukai yang dikenakan kepada syarikat pengeluar. 

Malahan, jika graf perbelanjaan rakyat Malaysia semakin meningkat, ia juga akan menggalakkan kemasukan produk import ke Malaysia. Kerajaan boleh mendapatkan keuntungan dari duti import.

Menaikkan gaji pekerja Malaysia sebenarnya ialah win-win situation. Aku mungkin bukan pakar ekonomi untuk bercerita tentang ini. Tetapi dengan logik akal, ini ialah cadangan yang perlu pihak kerajaan timbangkan dengan baik.

Daripada membazirkan duit dengan e-mel 1Malaysia, baiklah gunakan wang tersebut dengan lebih bijak. Berikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. Pendapat aku  Negara yang maju diukur dari kesenangan rakyatnya. Diukur melalui kuasa membeli rakyat. Diukur dengan tahap pengangguran yang rendah. Diukur dengan jumlah buta huruf yang rendah di kalangan rakyat.

Negara maju bukan diukur semata-mata dengan bangunan tinggi 100 tingkat..Betul tak kawan-kawan??


17 June 2011

Kahwin: Antara Lelaki dan Perempuan


Dulu, aku pernah terdengar atau terbaca ayat yang lebih kurang macam di bawah ini:

"Lelaki yang berjaya dalam kariernya perlulah berkahwin. Sebaik mana pun pencapaiannya dalam karier pekerjaannya, tapi jika dia tidak berkahwin, dia bukanlah lelaki berjaya yang sempurna.
Manakala perempuan berjaya pula kebiasaannya tidak akan berkahwin. Untuk berjaya dalam karier pekerjaannya, perempuan tidak akan berkahwin kerana perkahwinan akan mengganggu tumpuannya untuk berjaya."

Aku tidak pasti sejauh mana tepatnya ayat di atas, tapi bila difikirkan balik, memang ada relevannya.

Kejayaan seorang lelaki diukur dari keluarganya. Bagaimana dia menjaga isterinya, bagaimana dia mendidik anak-anaknya. 

Itu sebabnya lelaki digelar sebagai pemimpin. Tak semestinya pemimpin mestilah mempunyai pangkat yang besar seperti Datuk Seri 1Malaysia (you know who) atau pun mereka yang berasal dari keluarga berdarah di-raja.

Apabila berkahwin, secara automatik lelaki akan menjadi pemimpin. Keluarga dan rumah menjadi "negara" manakala isterinya menjadi "penduduk" negaranya. Populasi "negara" si lelaki akan bertambah apabila si isteri melahirkan zuriat. Maka, bertambahlah jumlah "rakyat" dalam "negara" tersebut.

Maka bermulalah pengembaraan si lelaki sebagai "raja", menguruskan "rakyat-rakyatnya". Pelbagai masalah akan timbul. Membesarkan anak bukannya perkara mudah. Lagi-lagi kalau mendapat anak perempuan. Pernah dengar pepatah "Jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang"? Lebih ramai anak perempuan, semakin sukar cabaran bagi seorang suami.

Dan kalau anak-anak "tak menjadi", sudah pasti nama si ayah yang akan dipetik dahulu.


"Anak siapa yang kena tangkap basah semalam?"
"Ala, anak si Seman tu. Aku memang dah lama perati budak ni. Dia memang liar. Seman tu pun aku tengok, bukannya nak nasihatkan anak dia tu. Bior je anak dia tu keluar dengan lelaki malam-malam buta."


"Anak sape yang mengandung tak berbapak tu?"
"Anak si Rahim tu. Rahim tu bukannya tahu hal anak-anak dia. Pagi-pagi buta dah keluar kerja, tengah malam baru balik. Tu la, pentingkan sangat kerja sampai terabai anak-anak."


"Anak siapa yang minum arak tu?"
"Kau ni buat-buat tanya pulak. Tu kan anak bekas PM kita. Karang aku cerita banyak-banyak, kena ISA pulak. Ye dok?"


Perempuan yang berjaya, biasanya tidak berkahwin. Setakat ini, adalah 2-3 perempuan, yang aku kenal, berjaya dalam karier perkerjaannya sehingga tidak berkahwin. Masing-masing sudah berjaya menjawat jawatan yang penting dalam syarikat. Umur masing-masing sudah mencecah 40'an.

Tapi, ayat ini mungkin kurang tepat ada juga yang mengambil langkah untuk berkahwin lambat. Bila sudah mencecah pertengahan 30'an, baru mereka berkahwin. Dapat satu anak cukuplah, janji mereka mempunyai anak.

Apa? Lambat kahwin dapat gelaran "anak dara tua"? Wujud lagikah istilah tersebut? Melainkan kau masih tinggal pada tahun 90'an.

Memang agak sukar untuk seseorang perempuan untuk berjaya dalam karier nya jika mereka berkahwin. Kemungkinan untuk anak-anak dan suami terabai kerana sibuk dengan pekerjaan. 

Tetapi tidak bermakna perempuan yang berjaya semuanya tidak berkahwin. Ramai juga perempuan yang berjaya menjawat jawatan tinggi, masih mampu bahagian bersama anak dan suami masing-masing.

Dan ini satu lagi ayat yang aku baca (atau dengar. Damn! Teruknya ingatan aku) minggu lepas.

"Perempuan akan memikirkan tentang masa depan sejuruh mereka akil baligh dan berhenti memikirkan tentangnya apabila sudah berkahwin
Manakala lelaki hanya memikirkan tentang masa depan apabila dia sudah berkahwin."

Rasanya ayat ini lebih relevan dari ayat di atas.


Tak dinafikan, perempuan matang jauh lebih awal dari lelaki. Sesudah perempuan datang haid, mereka akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan kemudian pada mental mereka.

Sesudah akil baligh, mereka mula menjaga kecantikan. Mereka mula memakai alatan kosmetik, mengenakan make-up dan mula menjaga kecantikan muka, sedangkan budak lelaki masih comot dan bermain galah panjang.

Secara jujurnya aku rasakan perempuan lebih memikirkan hal percintaan sebagai satu perkara yang serius sewaktu zaman persekolahan sedangkan lelaki kepada bercinta secara "suka-suka" dan ikutan kawan-kawan.

Perempuan sudah mula memikirkan tentang bakal suami mereka, siapa yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak mereka. Dan yang paling penting sekali, mereka sudah memikirkan, bagaimanakan bentuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Malah, ada yang sudah memikirkan tentang malam pertama dengan bakal suami mereka. Ini bukan aku main tulis suka-suka. Aku dah dengar tentang benda ini dari mulut beberapa orang kawan-kawan aku.

Manakala hidup seorang lelaki dipenuhi dengan hidup enjoy dan suka-suki sepanjang bergelar sebagai seorang lelaki bujang. Hidup mesti enjoy, dowh!

Selepas kahwin, baru terfikir pasal tanggungjawab. Fikir pasal makan minum isteri. Fikir pasal pembelanjaan anak dari lepas beranak sampailah masuk universiti. Fikir pasal duit kereta, duit rumah. Dari hidup enjoy, kini lelaki terus menjadi pemimpin keluarga dan berfikir tentang masa depan mereka, isteri dan anak-anak.

Dan ada orang berkata, tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah akan tamat apabila mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Jadi memang betullah yang lelaki hanya akan memikikrkan masa depan apabila berkahwin. Dan ini menimbulkan satu persoalan lagi dalam kepala aku.

Bagaimana lelaki yang berkahwin 4? Di mana bermulanya mereka memikirkan tentang masa depan? Semasa perkahwinan pertama? perkahwinan kedua? Perkahwinan ketiga? perkahwinan keempat?

Ok. Perenggan atas ini aku bergurau saja.

P/S: Adakah pelik seorang lelaki bujang seperti aku menulis tentang hal-ehwal perkahwinan?

Manusia Jahil dalam Pemikiran

ADA  SEORANG  LELAKI  PERGI  KE  KEDAI  GUNTING  RAMBUT  UTK MENGGUNTING  RAMBUT  DAN  JANGGUTNYA.  APABILA  BARBER  ITU MEMULAKAN  TUGASNYA,, MEREKA  PUN  BERBORAK  DAN  BERCAKAP  MENGENAI BYK  PERKARA. TAPI  BILA  MEREKA  MULA  BERBICARA  MENGENAI   ALLAH,
BARBER  ITU 
PUN  BERKATA , '' SAYA  TAK  PERCAYA  ALLAH  ITU  WUJUD.''

''KENAPA  KAMU  KATA  BEGITU?'' TANYA  SI LELAKI  TADI.


'' CUBA  KAMU  KELUAR   DI TGH  JLN  ITU  DAN  TUNJUKKAN  PD  SAYA  BAHAWA ALLAH  ITU   WUJUD..KALAU   BETUL   ALLAH   WUJUD ,KENAPA   RAMAI   SGT  ORG SAKIT  KAT  LUAR   TU? KENAPA   MASIH   ADA  KANAK2  YG  TERBIAR?  KALAU BETUL  ALLAH   WUJUD , DAH   TENTU   TIADA   KESAKITAN  DAN  KEPERITAN HIDUP   DLM   DUNIA   NI. SAYA  X   DPT  BAYANGKAN  ALLAH  YG MAHA PENYAYANG  BOLEH  MEMBENARKAN  SEMUA  INI  BERLAKU''.

SI LELAKI  ITU  PUN  BERFIKIR   SEJENAK. TAPI  DIA  TIDAK  MEMBERI   SEBARANG JAWAPAN  KERANA  TIDAK   MAHU  MEMULAKAN  PERTENGKARAN.  SELEPAS BARBER   ITU   MENGHABISKAN   TUGASNYA,  SI LELAKI   TADI   PUN PERGI. SELEPAS  BEBERAPA   LANGKAH, SI LELAKI  TADI   TERNAMPAK   SEORG LELAKI BERAMBUT   PANJANG, SELEKEH, KOTOR   DAN   JANGGUT   TIDAK  TERURUS.

SI LELAKI TADI  PUN  BERPATAH  BALIK   DAN  PERGI  SEMULA KE KEDAI  GUNTING
RAMBUT TADI DAN BERKATA",KAMU  TAHU  TAK  YG  SEBENARNYE   BARBER   JGK TIDAK   WUJUD?''

''KENAPA   KAMU   KATA   MCM TU?  SEDANGKAN   SAYA   BARU  SAJE   GUNTING RAMBUT   KAMU   TADI''.KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA  SI LELAKI   TADI.

''KALAU BARBER  WUJUD,  DAH   TENTU   TIDAK   ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR   SERTA  JANGGUT  YG PANJANG DAN KOTOR   MCM LELAKI   DI TEPI JALAN ITU''.

''AH!  BARBER   MMG   WUJUD! LELAKI  TU JADI   MCM  TU SBB DIA TIDAK  DTG PADA   SAYA UTK MENGGUNTING  RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''.  KATA   SI   LELAKI  TADI.''THAT'S THE POINT!.   ALLAH  JGK WUJUD.  ITULAH  YG  TERJADI  (KEPERITAN & PENDERITAAN)  JIKA   MANUSIA TIDAK   MENGINGATINYA  DAN KEMBALI   PADANYA   UTK  MEMOHON PERTOLONGAN.''

13 June 2011

Tuhan tu baik ke?? kalo baik..nape dia buat neraka???

Entri kali ni..aku nak kongsikan satu kisah..yg mana aku harap..kisah ni boleh dijadikan tauladan dan dapat membukak minda kita walau untuk seketika.....Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,kalau taat segala perintahNya,pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

renung-renungkan dan selamat beramal!

12 June 2011

Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada....






kadang2 kita rasa kita ni dah best sgt....tp org lain kata hek..elleeh..poyonya mamat tuuu...
kadang2 kita rasa kita ni susah sgt....tp masih belum sampai tahap makan siput babi pun...
kadang2 kita rasa dh hard working sgt....tp masuk bilik still kena maki dgn bos....
kadang2 kita rasa position kita kat company glamour sgt...tp keja tu budak lepas pmr pun boleh buat..
kadang2 kita mengeluh nape aku x ensem aaa..lubang hidung besar & sebagainya...cuba tuhan tutup lubang hidup tu..ko nak nyawa pakai lutut???....
kadang2 kita merungut apsal perut aku besar sgt niii...yang ko balun nasi byk2 tu watpa...rasa le camne mak ko bwk ko yg berat tu dlm perut duluuu...
kadang2 tgh jalan pun selalu ingat org tengah pandang kitaa...haa..jap lagi masuk parit la kooo...orang tu x peduli pun kat ko..ke dia tengah tengok batu ka..parit kaa..longkang kaa..
moralnya dlm hidup niii..jgn la byk merungut..jgn perasan...
jgn lemah..jgn lee rasa best sgt...
syukur la dgn apa yang ada...bertindak la secara waras, cerdik & sesuai...uhukuhuk..saja je..
aku bukan best pun nak nasihat orang...tp semua benda yg baik td tuuu...yg aku ckp tadi tuu...
tu la yg aku tgh cari untuk baikkan diri sendiri....
dan kalu sesuai dgn korang ambil leee...free jee..xyah bayar punn...
Why you might ask. For God’s gracious,
 I want to be somebody who people want to look at and say, “Wow!” not “Euiii” or “Yerk”

salam dan selamat sejahtera.. finally..syukur..alhamdulillah..akhirnya lahir jugak blog yang aku namakan dunia terbalik secara rasminye.....It has been a long long time for me to create this blog... just worry if what I'm going to write is too personal. But I need a medium to voice out, to share and let readers response and comment - ade ke?... by the way, this blog will tell more on my life - me myself, my career, my interest, my friends and "My Truth of Life". For the readers - enjoy reading and do response and comments if you feel need to...